Arkib untuk 20 April 2008

20
Apr
08

Pak Lah dan pandangan Penulis Blog

Persoalan yang menjadi bahan perbualan seluruh Negara, samada dikalangan ahli politik, professional, golongan kakitangan awam maupun masyarakat peniaga, terutama orang Melayu dan mereka yang mengamati perkembangan politik Malaysia dari dekat ialah, “Apa akan jadi kepada UMNO pasca PM ‘Flip-Flop’ Abdullah?”.

Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) pada 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa Barisan Nasional (BN), yang diterajui UMNO dapat dikalahkan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi menurun seluruh Malaysia dalam keputusan luar dugaan. UMNO ditimpa kemelut yang lebih rumit apabila pertama kali semenjak 1959, gagal meletakan calon Menteri Besar pilihan di dua buah negeri yang dimenangi selesa. Setelah Kabinet diumumkan, tiga orang Timbalan Menteri menolak pelawaan menyertai pentadbiran dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Dato’ Radzi Sheikh Ahmad meletakan jawatan. Ini semua adalah sejarah kejutan bagi parti nasionalis Melayu berusia 62 tahun ini.

Hari ini, rakyat termasuk orang Melayu dan ahli UMNO sendiri memberi ‘mesej jelas’ bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi disenangi dan beliau sebenarnya seorang pemimpin yang lemah dan rata rata tidak lagi diterima rakyat. Lebih buruk lagi, pengundi tergamak memberikan undi berharga mereka kepada PKR dan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini disifatkan sebagai pemimpin dan parti yang ‘bankrap dan hampir pupus’, sebagai tanda protes kepada BN.

Walaupun rata rata, negara tersentak kerana keputusan PRU 12 yang amat memberanjatkan ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi angkuh mendabik dada “Kita masih lagi mendapat mandat kuat dari rakyat dan HANYA 8 lagi diperlukan untuk mendapat 2/3 majoriti”. Beliau gagal mengaku bahawa negeri sendiri telah jatuh ketangan parti Pembangkang yang terkenal dengan sikap dan sifat chauvinis dan anti-Melayu/Islamnya.

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menerima kepertanggung jawaban sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan berundur segera, sehari selepas PRU 12. Tiga hari kemudian, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Hari yang sama, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengutus surat kepada 18,000 Cawangan UMNO meminta diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincangkan PRU 12, halatuju UMNO dan Bangsa Melayu. Tiga minggu kemudian, dalam sebuah forum dihadiri ahli UMNO, Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi dengan lantang mendesak pengunduran yang sama.

Akar umbi UMNO juga tidaklah selesa dengan keputusan PRU 12. Dalam pertemuan tertutup UMNO Kedah dan Pulau Pinang minggu lepas, pengunduran juga didesak. UMNO Johor, tunggak kekuatan kubu kuat UMNO, dengan nada berlapik mendesak program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan” pada 11 April 2008. UMNO Perak juga menyatakan pendirian yang sama. Dua hari lepas, UMNO Selangor juga mahu melihat program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan”.

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dengan nada tegas menyuarakan pendapat ini juga, dalam temubual ekslusif Mingguan Malaysia Ahad lepas. Ahli MT UMNO Dato’ Dr. Rais Yatim juga berpendapat yang sama.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kini menjadi liabiliti kepada UMNO dan Perjuangan Bangsa Melayu.

Amat jelas, UMNO didesak untuk perubahan. Langkah awal ialah peralihan kuasa dan pemimpin lain tampil mengantikan Kepimpinan. Namun begitu, perubahan dalam UMNO perlu lebih dari ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’.

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengaku perubahan perlu berlaku, sebagaimana ditafsirkan semasa bertemu UMNO Selangor pada 16 April 2008. UMNO perlu muhasabah diri dan cara, pendekatan, keterampilan, gelagat dan paling penting, dasar pemimpin UMNO, disemua peringkat perlukan anjakan paradigma.

UMNO perlu dilihat bukan sahaja relevan dan menghayati penuh Perjuangan untuk orang Melayu, malah UMNO juga perlu terus dilihat sebagai peneraju BN yang relevan, kepada rakyat Malaysia Bukan Melayu. Soal soal dasar yang UMNO perjuangkan perlu dikaji semula dari sudut kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman (SWOT). Terlalu banyak variable perlu diambil kira, agar kepimpinan UMNO menerajui negara, diyakini dan kemudian, wajar menerima sokongan seluruh rakyat Malaysia.

UMNO tidak boleh lagi mengambil sikap dan pendekatan ‘pandang kedalam’ (inward looking) dalam semua perkiraan dan timbangan, sebelum apa apa keputusan dan tindakan dibuat, dari peringkat perundangan, dasar, hingga ke perlaksanaan. Jauh sekali ‘menyapu bawah permaidani’ (sweep under the carpet), tiap kali berdepan dengan sebarang masalah dan cabaran.

Yang penting sekali, UMNO perlu mampu berdepan dan berinteraksi dengan rakyat disemua peringkat. Pendekatan ‘berdepan’ (engagement) adalah wajar menjadi keutamaan berbanding ‘penyisihan’ (alienation).

Faktor faktor ini terlalu banyak diperkatakan oleh rakyat, termasuk orang Melayu sendiri. Golongan berpelajaran, professional dan generasi muda dengan lantang menyuarakan persoalan ini dan ianya dibuat secara terbuka. Hakikatnya Malaysia dan selera rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu telah berubah dan PRU 12 adalah illustrasi keperluan perubahan merupakan agenda yang terlalu ramai dambakan.

Persoalan yang paling utama ialah, sejauh mana UMNO bersedia untuk membuat perubahan ini. Apakah UMNO, secara total dan komprehensif, bersedia untuk ‘berfikir diluar kotak’ (think outside the box)?

Sekiranya ianya berani dilakukan, perubahan itu sebenarnya perlu bermula dengan Kepimpinan. Samada peringkat Presiden, Majlis Tertinggi, Bahagian maupun Cawangan, semua peringkat, ahli UMNO sejumlah 3.2 juta mahu-tidak-mahu, wajar melakukan anjakan paradigma dan mengangkat pemimpin yang benar benar boleh membawa perubahan, progressif dan berwibawa, tanpa mencacatkan objektif strategik Perjuangan.

‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ ini mesti dilakukan serta merta. Apabila ini berlaku, Kepimpinan baru perlu bergerak untuk melakukan perubahan kerana psiki rakyat Malaysia, sebagai ‘penguna mutakhir’ (end user) mahu “Melihat bukan sahaja perubahan yang diidamkan, tetapi proses perubahan itu sendiri dirasai”. Ukurtara ‘hasil keputusan’ (deliverables) UMNO hari ini, ‘kepengunaan politik’ (political consumerism) yang sudah berubah dan proses pengadaptasian, ‘lahir-semula’ (re-generation), ‘pembikinan-semula’ (re-invention), pendoktrinan semula (re-doctrination) dan sikap negatif yang membelengu UMNO memerlukan ‘pembebasan’ (emancipation) segera dan setara (across the board).

Semoga dengan adanya ‘kesungguhan politik’ (political will) ini, UMNO akan terus relevan kepada orang Melayu, Perjuangan, Agama, Bangsa dan Tanahair, Dulu, Kini dan Selamanya.

20
Apr
08

Dari Beirut ke Jerusalem

Artikel Nik Abduh…anak Nik Aziz
Salam Kamunting,

Sudahkah anda membaca buku ‘Dari Beirut ke Jerusalem’, sebuah cerita benar oleh Dr Ang Swee Chai? Jika belum, saya segera menyarankan anda membacanya, samada dalam edisi asalnya, ‘From Beirut to Jerusalem’ atau edisi Bahasa Melayu yag diterbitkan oleh HARAKAH.

Saya menemunya di celah – celah lambakan buku di dalam kereta Toyota Unser Ustaz Riduan Mohd Nor semasa dalam perjalanan bersamanya memberi kuliah ugama di sekitar Lembah Kelang pada awal tahun ini. Ustaz Riduan yang baru sahaja menyiapkan dan menerbitkan buku barunya, ‘Makkal Sakhti’ yang beberapa kali dipunggah masuk ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur baru – baru ini dek lakunya adalah rakan seperjuangan saya yang telah banyak meghasilkan buku – buku Islami yang bagus – bagus.

Tak hairanlah semasa menaiki keretanya, saya terpaksa mengalih, membetul dan menyusun buku – buku yang berselerakan di dalam keretanya. Hari itu, pandangan saya hinggap di buku tebal lebih 400 muka surat itu.

Beliau memuji buku itu selepas saya menyatakan pandangan saya, sebaik membelek – belek helaiannya, bahawa buku ini mesti bagus isinya. Beliau yang belum habis membaca buku itu terus menyarankan saya membacanya juga. Saya menyeluk saku dan menghulurnya RM20 rasanya. “Anta beli lain. Tak cukup halalkan.” Beliau menjampuk, “Mampus aku!” Kereta meluncur laju dan saya terus menatap buku itu.

Ia sememangnya sebuah buku yang cukup menarik dan bagus untuk dibaca. HARAKAH menerbitkannya sempena 25 tahun tragedi pembunuhan beramai – ramai rakyat Palestin di kem Sabra dan Shatila yang menyayatkan. Ia menjadi parut yang menghantui umat Islam seluruh dunia dan menjadi lambang kekejaman dan kerakusan Yahudi di bumi Palestin yang terjajah.

Saya bercadang segera menulisnya di sini seusai membacanya. Tetapi Pak Lah memalu gendang perang, Islam vs Islam Hadhari. Saya segera memakai baju perang pilihan raya dan terus lupa menulisnya.

Dr Ang Swee Chai adalah seorang penganut Kristian yang lahir di Pulau Pinang sebelum berhijrah bersama suaminya ke England dari Singapura. Sifat perihatinnya kepada isu – isu kemanusiaan telah berkembang subur di dalam fitrah ciptaan Tuhannya, lalu melorongnya ke medan kebajikan dan kemanusiaan sejagat. Beliau dengan pelbagai anugerah keperwiraan adalah seorang wanita contoh untuk kehidupan hari ini yang penuh kezaliman, penganiayaan dan tanpa belas kasih.

Beliau memuji Islam dan penduduk Palestin, terutama pejuangnya yang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan Yahudi terlaknat. Apabila beliau memuji, tiada yang dapat memesongkan rasa ikhlas dan tulusnya. Berani adalah sifatnya yang hilang daripada jiwa umat muslim hari ini. Jika ada, ia adalah untuk pejuang Islam di bumi Palestin hari ini.

Saya beberapa kali menitiskan air mata. Semuanya menghibakan. Malu, rasa bodoh, rasa hina dan rasa bersalah menghantui diri. Saat membacanya adalah saat – saat jiwa menjadi hidup dan basah.

Jika ada rasa terkilan, maka ianya adalah untuk Dr Ang Swee Chai sendiri. Saya hanya berkata, jikalah beliau seorang muslim, pasti Allah tidak mensia -siakan kerja besarnya di dunia ini. Setiap kali terhenti membaca, saya memdoakan hidayah untuknya.

Bacalah. Saya akan membeli beberapa naskhah lagi sebagai hadiah buat teman terdekat.

Globalmalau:Pilihan Allah kita tidak tahu…selain nabi dan para Rasul

20
Apr
08

Globalmalau online « Globalmalau

Globalmalau online « Globalmalau




April 2008
A I S R K J S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930