28
Apr
08

islam hadhari..Mufti Perlis Minta Pak Lah Hentikan Islam Hadhari.

Sejak kebelakangan ini pandangan dan teguran Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sangat sinikal kepada pemerintah tidak kurang juga yang disanggahnya.

Keberanian beliau dalam menegur pemerintah sangat dialu-alukan sebagai tanda menunjukkan institusi mufti dan ulama di Malaysia ini masih lagi boleh diharapkan oleh rakyat yang selama ini terperap dan dikongkong oleh pemikiran jumud terlampau yang ditanam dan disemai oleh pemerintah yang memerintah secara zalim dan melampaui batas.
Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.

Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.

Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.

Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.

Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

*Perkembangan dikemaskini jam 9.30malam

Ku Li: UMNO perlukan “Revolusi” dan “Berdikari”, untuk tangani cabaran globalisasi

Di Muo malam ini pula, bercakap kepada 700 orang ahli UMNO dan peminat politik, Tengku Razaleigh membangkitkan soal cadangan EGM diadakan ialah bertujuan untuk membincangkan soal ‘Keputusan Pilihanraya Umum ke XII’, bukan untuk meminta mana mana pihak meletakan jawatan.

Beliau juga terus mengulangi saranan sebelum ini bahawa UMNO perlu lebih demokratik disemua peringkat, dari Kepimpinan, Bahagian hinga ke Cawangan dan mencadangkan agar dilakukan penilaian semula. Saranan tegas untuk melakukan “Revolusi” dalam UMNO sebagai cara untuk segera membetulkan keadaan, kerana kedapatan ada Ketua Bahagian amat liat untuk bertindak kearah perubahan yang didambakan akar umbi dan rakyat.

Para hadirin diingatkan bahawa hari ini, ekonomi orang Melayu sudah tinggal jauh kebelakang dan parti parti komponen tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan ini. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan segera untuk menumpukan perhatian kepada keadaan ini. Mereka juga diingatkan bahawa parti komponen tidak semestinya akan berada disisi UMNO dalam BN untuk selamanya dan bibit bibit perubahan sudah mula kelihatan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya UMNO tidak mendapat sokongan padu, terutama dalam keadaan cabaran ekonomi global yang meruncing, seperti isu kenaikan harga bahan bakar, alam sekitar, bekalan makanan dan tanaman makin kurang, soal pelaburan dan perdagangan yang tidak seimbang, maka orang Melayu akan menghadapi cabaran yang amat perit dan terlalu besar untuk ditangani. Pendekata, Kepimpinan yang lemah dan kemampuan untuk bertindak yang amat diragukan akan memburukan keadaan.

Semasa sessi soal jawab, ramai wakil UMNO Muo bangkit untuk bercakap mengenai keperluan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Laporan lintas lansung dari Muo ini dibawa oleh penganalisa blog AJG.

Kami melihat ada hikmahnya Dato Seri Shahidan Kassim digugurkan dari menjawat semula jawatan Menteri Besar Perlis. Kesempatan ini seolahnya digunakan sepenuhnya oleh Dr Asri yang kelihatan selama ini banyak mengundang kontroversi dan kali ini beliau juga masih kontroversi.

Biarpun ada kalanya pandangan beliau tidak diterima dan ditentang, itulah dia peranan ulama yang besar dalam menegur rakyat dan pemerintah sebagai petanda ulama bukan beretorik kosong dalam berfatwa dan mengeluarkan pandangan serta hukum.

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

“Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,” kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk…’Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha’.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

“Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ’seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, Insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.
“Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.”
Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang ‘bercelaru’ sekarang.
“Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

“Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, “Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu ‘Islam Hadhari’ ini. Ini adalah kewajipan saya.”

Menurutnya, istilah atau jenama ‘Islam Hadhari’ itu menakutkan orang kampung.
“Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.’

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

“Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

“Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai,” kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, “Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

“Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya,” kata Dr Asri.

globalmalau:Lama dah dok meluat orang yang reka islam hadhari ni…


1 Respon to “islam hadhari..Mufti Perlis Minta Pak Lah Hentikan Islam Hadhari.”


  1. Mei 6, 2008 at 6:12 pm

    Salaam alaikumm. Kudos to Ustaz Asri, ulamak yang berani di depan pemimpin adalah ulamak terbaik. Dunia ni hanya sementara, bila2 masa kita boleh MATI, pada hal hari2 tengok orang MATI kat TV , dan sebagainya, tetapi masih tidak sedar bahawa kita juga bila2 masa boleh MATI, dan setiap yang bernyawa ini akan merasai MATI. Maka janganlah dunia yang dikejar kerana ia tidak akan ke mana, tetapi gunalah DUNIA kerana AGAMA, bukannya gadaikan AGAMA kerana untuk mencari kemewahan DUNIA. Wallahu a’lam :)


Tinggalkan jawapan

Anda perlu login untuk menghantar komentar.