Arkib untuk April 2008

28
Apr
08

islam hadhari..Mufti Perlis Minta Pak Lah Hentikan Islam Hadhari.

Sejak kebelakangan ini pandangan dan teguran Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sangat sinikal kepada pemerintah tidak kurang juga yang disanggahnya.

Keberanian beliau dalam menegur pemerintah sangat dialu-alukan sebagai tanda menunjukkan institusi mufti dan ulama di Malaysia ini masih lagi boleh diharapkan oleh rakyat yang selama ini terperap dan dikongkong oleh pemikiran jumud terlampau yang ditanam dan disemai oleh pemerintah yang memerintah secara zalim dan melampaui batas.
Li: UMNO dihati orang Melayu, walaupun hilang kuasa ‘tawar menawar’

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa UMNO perlu mengembalikan peranan memperjuangakan kepentingan orang Melayu, sesuai dengan kedudukan UMNO itu dihati sanubari jiwa orang Melayu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis dengan ahli UMNO Bahagian Batu Pahat di Hotel Landmark.

Beliau mengingatkan bahawa orang Melayu perlu merasa risau dan takut kepada masa hadapan kerana hari sahaja, UMNO sudah hilang kuasa dalam 5 + 1 negeri dan PAS sudahpun mula bertapak diJohor. Negeri yang jatuh kepada Pembangkang merupakan negeri kaya dan maju, iaitu 75% dari KDNK Negara datang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang. Ini bermakna, hari ini kuasa ‘tawar-menawar’ orang Melayu dalam negara telah tiris.

Apabila bercakap soal kegagalan mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen, erti sebenar ialah orang Melayu telah hilang kuasa, yang bermaksud kehilangan tapak moral dan ‘bisa’ untuk bertindak. Ianya keadaan dimana UMNO disifatkan berada dalam darurat dan parti komponen lain berada dipersimpangan yang tidak teragak agak untuk meninggalkan BN.

Dalam soal ekonomi pula, Tengku Razaleigh mengupas permalasahan yang sedang dilanda sekarang dimana keyakinan pelabur luar makin tiris (Kerajaan yang tidak kukuh), pengujudan peluang perkerjaan yang bermasalah, harga minyak mentah dijangka mencecah USD150 setong dan pendapat yang tidak meningkat sebagaimana harga barangan meningkat. Pendekata, negara amat memerlukan Kepimpinan yang kuat dan bijak untuk menyelesai masalah dan menghadapi cabaran.

Laporan lintas langsung dari Batu Pahat ini dibawa oleh blogger Husin Lempoyang.

*Perkembangan dikemaskini jam 9.30malam

Ku Li: UMNO perlukan “Revolusi” dan “Berdikari”, untuk tangani cabaran globalisasi

Di Muo malam ini pula, bercakap kepada 700 orang ahli UMNO dan peminat politik, Tengku Razaleigh membangkitkan soal cadangan EGM diadakan ialah bertujuan untuk membincangkan soal ‘Keputusan Pilihanraya Umum ke XII’, bukan untuk meminta mana mana pihak meletakan jawatan.

Beliau juga terus mengulangi saranan sebelum ini bahawa UMNO perlu lebih demokratik disemua peringkat, dari Kepimpinan, Bahagian hinga ke Cawangan dan mencadangkan agar dilakukan penilaian semula. Saranan tegas untuk melakukan “Revolusi” dalam UMNO sebagai cara untuk segera membetulkan keadaan, kerana kedapatan ada Ketua Bahagian amat liat untuk bertindak kearah perubahan yang didambakan akar umbi dan rakyat.

Para hadirin diingatkan bahawa hari ini, ekonomi orang Melayu sudah tinggal jauh kebelakang dan parti parti komponen tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan ini. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan segera untuk menumpukan perhatian kepada keadaan ini. Mereka juga diingatkan bahawa parti komponen tidak semestinya akan berada disisi UMNO dalam BN untuk selamanya dan bibit bibit perubahan sudah mula kelihatan.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya UMNO tidak mendapat sokongan padu, terutama dalam keadaan cabaran ekonomi global yang meruncing, seperti isu kenaikan harga bahan bakar, alam sekitar, bekalan makanan dan tanaman makin kurang, soal pelaburan dan perdagangan yang tidak seimbang, maka orang Melayu akan menghadapi cabaran yang amat perit dan terlalu besar untuk ditangani. Pendekata, Kepimpinan yang lemah dan kemampuan untuk bertindak yang amat diragukan akan memburukan keadaan.

Semasa sessi soal jawab, ramai wakil UMNO Muo bangkit untuk bercakap mengenai keperluan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Laporan lintas lansung dari Muo ini dibawa oleh penganalisa blog AJG.

Kami melihat ada hikmahnya Dato Seri Shahidan Kassim digugurkan dari menjawat semula jawatan Menteri Besar Perlis. Kesempatan ini seolahnya digunakan sepenuhnya oleh Dr Asri yang kelihatan selama ini banyak mengundang kontroversi dan kali ini beliau juga masih kontroversi.

Biarpun ada kalanya pandangan beliau tidak diterima dan ditentang, itulah dia peranan ulama yang besar dalam menegur rakyat dan pemerintah sebagai petanda ulama bukan beretorik kosong dalam berfatwa dan mengeluarkan pandangan serta hukum.

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

“Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,” kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk…’Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha’.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

“Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ’seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, Insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.
“Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.”
Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang ‘bercelaru’ sekarang.
“Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

“Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, “Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu ‘Islam Hadhari’ ini. Ini adalah kewajipan saya.”

Menurutnya, istilah atau jenama ‘Islam Hadhari’ itu menakutkan orang kampung.
“Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.’

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

“Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

“Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai,” kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, “Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

“Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya,” kata Dr Asri.

globalmalau:Lama dah dok meluat orang yang reka islam hadhari ni…

27
Apr
08

Anuar Ibrahim…PM malaysia

walaupun ianya bukan tulisan saya tapi sejarah ini perlu dihebahkan kepada generasi muda yang masih terpinga-pinga dalam mainan politik Anwar.

Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”. Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO! Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar. Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar! Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir! Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO. Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden. Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya! Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun. Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian p dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…” Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya? Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur!

Anwar menang, Pak Ghaffar kalah!

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya! Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar . Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya. Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotot Anwar.

globalmalau:

22
Apr
08

Khairi jamaluddin

Andainya Khairy Jamaluddin Sertai Pakatan Rakyat

Khairy Jamaluddin seorang muda profesional yang kini memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang merupakan sayap UMNO itu, beliau juga kini bergelar Yang Berhormat kerana sudah memenangi kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini dan juga merangkap menantu kepada Perdana Menteri Malaysia DS Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan jolokan “Flip-Flop” disamping dilanda kontroversi kerajaan 3B (Kerajaan Tiga Beranak).

Khairy Jamaluddin yang turut terkenal dengan jolokkan Kutu Jamban itu pernah dikatakan mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri pada umurnya 40 tahun. Pada masa ini KJ adalah liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional. Pada masa ini semakin ramai yang berada di dalam UMNO sudah meluat denganya. Tentunya Khairy Jamaluddin merasa ’sedikit tertekan’ dengan keadaan ini dan juga merasa kedudukanya akan terjejas.

Andaikata Khairy Jamaluddin menyertai Pakatan Rakyat apakah yang anda semua lakukan? Adakah anda akan terima beliau sama seperti anda semua menerima DS Anwar Ibrahim, DP Ibrahim Ali? Datuk Ruslie Ibrahim? penulis percaya pasti ada orang yang beranggapan perkara ini mustahil terjadi! Anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah kerana mengikut ‘hukum karma’ politik tiada yang mustahil akan berlaku, Hari ini dia menyokong si A entah besok, entah lusa dia mula menyokong si B. Itulah lumrah dunia politik yang dikatakan penuh dengan kekotoran itu. Perlu anda semua ingat Khairy Jamaluddin sebelum bergelar menantu Perdana Menteri sebelum ini telah ‘menjalin’ hubungan cinta dengan Nurul Izah dan selepas DS Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau ‘merisik khabar’ anak kepada DS Abdullah Ahmad Badawi. Jadi untuk mencapai cita-citanya pasti dia cuba menggunakan sebarang ‘jalan mudah’ untuk menduduki hierarki tertinggi di dalam negara ini.

Ya memang mudah untuk sekarang ini mengatakan “Kami tidak akan terima”, Ingatlah “Kata-kata memang mudah dikatakan, tetapi perlaksanaanya memang susah. Contoh sudah ada, Jika dulu DS Anwar Ibrahim dikutuk, dicaci, dibenci, difitnah, disensasikan oleh pembangkang tetapi sekarang lain pula jadinya DS Anwar Ibrahim, dijulang, diusung, diagung-agungkan melebihi para ulamak, dipeluk, dipuji dan diangkat. “Dulu mengata sejuta bahasa, sekarang memuji berbilion-bilion Bahasa.

Cuba kita lihat pula pada Datuk Paduka Ibrahim Ali, semasa dia berada di dalam UMNO dulu beliau diherdik, dicaci, dirobek, dicop sebagai Raja Lompat, dituduh sebagai kaki rasuah, itu dulu tetapi sekarang apa sudah jadi? dia pun sudah bergelar Ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket bulan. Kemana perginya dakwaan sebelum ini? kemana perginya tuduhan kaki rasuah? Ke mana hilangnya ‘title‘ Raja Lompat? Adakah kerana bulan sudah berbicara jadi tuduhan-tuduhan itu sudah tidak menjadi relevan lagi? Adakah kerana DP Ibrahim Ali ini berjuang untuk hapuskan rasuah? Tidak kita ingat siapa yang mencanangkan DP Ibrahim Ali ini kaki rasuah?

Perkara yang sama mungkin juga akan berlaku ke atas Khairy Jamaluddin kerana pada masa ini pada pandangan mereka semuanya buruk, semuanya hodoh, sama seperti bulan kalau dilihat daripada jarak yang dekat, tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Khairy Jamaluddin dipuja-puja, di agung-agungkan, dibelai umpama ‘haiwan kesayangan’ sama seperti yang berlaku kepada ahli-ahli politik sebelum ini.

globalmalau:cepat datang cepat tenggelam

20
Apr
08

Pak Lah dan pandangan Penulis Blog

Persoalan yang menjadi bahan perbualan seluruh Negara, samada dikalangan ahli politik, professional, golongan kakitangan awam maupun masyarakat peniaga, terutama orang Melayu dan mereka yang mengamati perkembangan politik Malaysia dari dekat ialah, “Apa akan jadi kepada UMNO pasca PM ‘Flip-Flop’ Abdullah?”.

Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) pada 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa Barisan Nasional (BN), yang diterajui UMNO dapat dikalahkan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi menurun seluruh Malaysia dalam keputusan luar dugaan. UMNO ditimpa kemelut yang lebih rumit apabila pertama kali semenjak 1959, gagal meletakan calon Menteri Besar pilihan di dua buah negeri yang dimenangi selesa. Setelah Kabinet diumumkan, tiga orang Timbalan Menteri menolak pelawaan menyertai pentadbiran dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Dato’ Radzi Sheikh Ahmad meletakan jawatan. Ini semua adalah sejarah kejutan bagi parti nasionalis Melayu berusia 62 tahun ini.

Hari ini, rakyat termasuk orang Melayu dan ahli UMNO sendiri memberi ‘mesej jelas’ bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi disenangi dan beliau sebenarnya seorang pemimpin yang lemah dan rata rata tidak lagi diterima rakyat. Lebih buruk lagi, pengundi tergamak memberikan undi berharga mereka kepada PKR dan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini disifatkan sebagai pemimpin dan parti yang ‘bankrap dan hampir pupus’, sebagai tanda protes kepada BN.

Walaupun rata rata, negara tersentak kerana keputusan PRU 12 yang amat memberanjatkan ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi angkuh mendabik dada “Kita masih lagi mendapat mandat kuat dari rakyat dan HANYA 8 lagi diperlukan untuk mendapat 2/3 majoriti”. Beliau gagal mengaku bahawa negeri sendiri telah jatuh ketangan parti Pembangkang yang terkenal dengan sikap dan sifat chauvinis dan anti-Melayu/Islamnya.

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menerima kepertanggung jawaban sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan berundur segera, sehari selepas PRU 12. Tiga hari kemudian, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur. Hari yang sama, Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengutus surat kepada 18,000 Cawangan UMNO meminta diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincangkan PRU 12, halatuju UMNO dan Bangsa Melayu. Tiga minggu kemudian, dalam sebuah forum dihadiri ahli UMNO, Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi dengan lantang mendesak pengunduran yang sama.

Akar umbi UMNO juga tidaklah selesa dengan keputusan PRU 12. Dalam pertemuan tertutup UMNO Kedah dan Pulau Pinang minggu lepas, pengunduran juga didesak. UMNO Johor, tunggak kekuatan kubu kuat UMNO, dengan nada berlapik mendesak program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan” pada 11 April 2008. UMNO Perak juga menyatakan pendirian yang sama. Dua hari lepas, UMNO Selangor juga mahu melihat program “Peralihan Kuasa dan Kepimpinan”.

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dengan nada tegas menyuarakan pendapat ini juga, dalam temubual ekslusif Mingguan Malaysia Ahad lepas. Ahli MT UMNO Dato’ Dr. Rais Yatim juga berpendapat yang sama.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kini menjadi liabiliti kepada UMNO dan Perjuangan Bangsa Melayu.

Amat jelas, UMNO didesak untuk perubahan. Langkah awal ialah peralihan kuasa dan pemimpin lain tampil mengantikan Kepimpinan. Namun begitu, perubahan dalam UMNO perlu lebih dari ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’.

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengaku perubahan perlu berlaku, sebagaimana ditafsirkan semasa bertemu UMNO Selangor pada 16 April 2008. UMNO perlu muhasabah diri dan cara, pendekatan, keterampilan, gelagat dan paling penting, dasar pemimpin UMNO, disemua peringkat perlukan anjakan paradigma.

UMNO perlu dilihat bukan sahaja relevan dan menghayati penuh Perjuangan untuk orang Melayu, malah UMNO juga perlu terus dilihat sebagai peneraju BN yang relevan, kepada rakyat Malaysia Bukan Melayu. Soal soal dasar yang UMNO perjuangkan perlu dikaji semula dari sudut kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman (SWOT). Terlalu banyak variable perlu diambil kira, agar kepimpinan UMNO menerajui negara, diyakini dan kemudian, wajar menerima sokongan seluruh rakyat Malaysia.

UMNO tidak boleh lagi mengambil sikap dan pendekatan ‘pandang kedalam’ (inward looking) dalam semua perkiraan dan timbangan, sebelum apa apa keputusan dan tindakan dibuat, dari peringkat perundangan, dasar, hingga ke perlaksanaan. Jauh sekali ‘menyapu bawah permaidani’ (sweep under the carpet), tiap kali berdepan dengan sebarang masalah dan cabaran.

Yang penting sekali, UMNO perlu mampu berdepan dan berinteraksi dengan rakyat disemua peringkat. Pendekatan ‘berdepan’ (engagement) adalah wajar menjadi keutamaan berbanding ‘penyisihan’ (alienation).

Faktor faktor ini terlalu banyak diperkatakan oleh rakyat, termasuk orang Melayu sendiri. Golongan berpelajaran, professional dan generasi muda dengan lantang menyuarakan persoalan ini dan ianya dibuat secara terbuka. Hakikatnya Malaysia dan selera rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu telah berubah dan PRU 12 adalah illustrasi keperluan perubahan merupakan agenda yang terlalu ramai dambakan.

Persoalan yang paling utama ialah, sejauh mana UMNO bersedia untuk membuat perubahan ini. Apakah UMNO, secara total dan komprehensif, bersedia untuk ‘berfikir diluar kotak’ (think outside the box)?

Sekiranya ianya berani dilakukan, perubahan itu sebenarnya perlu bermula dengan Kepimpinan. Samada peringkat Presiden, Majlis Tertinggi, Bahagian maupun Cawangan, semua peringkat, ahli UMNO sejumlah 3.2 juta mahu-tidak-mahu, wajar melakukan anjakan paradigma dan mengangkat pemimpin yang benar benar boleh membawa perubahan, progressif dan berwibawa, tanpa mencacatkan objektif strategik Perjuangan.

‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ ini mesti dilakukan serta merta. Apabila ini berlaku, Kepimpinan baru perlu bergerak untuk melakukan perubahan kerana psiki rakyat Malaysia, sebagai ‘penguna mutakhir’ (end user) mahu “Melihat bukan sahaja perubahan yang diidamkan, tetapi proses perubahan itu sendiri dirasai”. Ukurtara ‘hasil keputusan’ (deliverables) UMNO hari ini, ‘kepengunaan politik’ (political consumerism) yang sudah berubah dan proses pengadaptasian, ‘lahir-semula’ (re-generation), ‘pembikinan-semula’ (re-invention), pendoktrinan semula (re-doctrination) dan sikap negatif yang membelengu UMNO memerlukan ‘pembebasan’ (emancipation) segera dan setara (across the board).

Semoga dengan adanya ‘kesungguhan politik’ (political will) ini, UMNO akan terus relevan kepada orang Melayu, Perjuangan, Agama, Bangsa dan Tanahair, Dulu, Kini dan Selamanya.

20
Apr
08

Dari Beirut ke Jerusalem

Artikel Nik Abduh…anak Nik Aziz
Salam Kamunting,

Sudahkah anda membaca buku ‘Dari Beirut ke Jerusalem’, sebuah cerita benar oleh Dr Ang Swee Chai? Jika belum, saya segera menyarankan anda membacanya, samada dalam edisi asalnya, ‘From Beirut to Jerusalem’ atau edisi Bahasa Melayu yag diterbitkan oleh HARAKAH.

Saya menemunya di celah – celah lambakan buku di dalam kereta Toyota Unser Ustaz Riduan Mohd Nor semasa dalam perjalanan bersamanya memberi kuliah ugama di sekitar Lembah Kelang pada awal tahun ini. Ustaz Riduan yang baru sahaja menyiapkan dan menerbitkan buku barunya, ‘Makkal Sakhti’ yang beberapa kali dipunggah masuk ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur baru – baru ini dek lakunya adalah rakan seperjuangan saya yang telah banyak meghasilkan buku – buku Islami yang bagus – bagus.

Tak hairanlah semasa menaiki keretanya, saya terpaksa mengalih, membetul dan menyusun buku – buku yang berselerakan di dalam keretanya. Hari itu, pandangan saya hinggap di buku tebal lebih 400 muka surat itu.

Beliau memuji buku itu selepas saya menyatakan pandangan saya, sebaik membelek – belek helaiannya, bahawa buku ini mesti bagus isinya. Beliau yang belum habis membaca buku itu terus menyarankan saya membacanya juga. Saya menyeluk saku dan menghulurnya RM20 rasanya. “Anta beli lain. Tak cukup halalkan.” Beliau menjampuk, “Mampus aku!” Kereta meluncur laju dan saya terus menatap buku itu.

Ia sememangnya sebuah buku yang cukup menarik dan bagus untuk dibaca. HARAKAH menerbitkannya sempena 25 tahun tragedi pembunuhan beramai – ramai rakyat Palestin di kem Sabra dan Shatila yang menyayatkan. Ia menjadi parut yang menghantui umat Islam seluruh dunia dan menjadi lambang kekejaman dan kerakusan Yahudi di bumi Palestin yang terjajah.

Saya bercadang segera menulisnya di sini seusai membacanya. Tetapi Pak Lah memalu gendang perang, Islam vs Islam Hadhari. Saya segera memakai baju perang pilihan raya dan terus lupa menulisnya.

Dr Ang Swee Chai adalah seorang penganut Kristian yang lahir di Pulau Pinang sebelum berhijrah bersama suaminya ke England dari Singapura. Sifat perihatinnya kepada isu – isu kemanusiaan telah berkembang subur di dalam fitrah ciptaan Tuhannya, lalu melorongnya ke medan kebajikan dan kemanusiaan sejagat. Beliau dengan pelbagai anugerah keperwiraan adalah seorang wanita contoh untuk kehidupan hari ini yang penuh kezaliman, penganiayaan dan tanpa belas kasih.

Beliau memuji Islam dan penduduk Palestin, terutama pejuangnya yang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan Yahudi terlaknat. Apabila beliau memuji, tiada yang dapat memesongkan rasa ikhlas dan tulusnya. Berani adalah sifatnya yang hilang daripada jiwa umat muslim hari ini. Jika ada, ia adalah untuk pejuang Islam di bumi Palestin hari ini.

Saya beberapa kali menitiskan air mata. Semuanya menghibakan. Malu, rasa bodoh, rasa hina dan rasa bersalah menghantui diri. Saat membacanya adalah saat – saat jiwa menjadi hidup dan basah.

Jika ada rasa terkilan, maka ianya adalah untuk Dr Ang Swee Chai sendiri. Saya hanya berkata, jikalah beliau seorang muslim, pasti Allah tidak mensia -siakan kerja besarnya di dunia ini. Setiap kali terhenti membaca, saya memdoakan hidayah untuknya.

Bacalah. Saya akan membeli beberapa naskhah lagi sebagai hadiah buat teman terdekat.

Globalmalau:Pilihan Allah kita tidak tahu…selain nabi dan para Rasul

20
Apr
08

Globalmalau online « Globalmalau

17
Apr
08

Baru Sedar dari mimpi…do soul searching…perlu muhasabah diri

Salam Team Globalmalau…Awang Morat…Awang Tok Ad…Yehh sik…chon…kumi…abang Bedol…omar udang….che mee…tat pejabat hutan…serta kengkawan…jangan dok layan saja…baca lah berita nie…jugak team scanning yang memberi komitmen ketika di bangi tempohari…kat bawah tu ada komen…anda ada hak untuk komen dan jangan malu ataupun segan untuk menaip apa yang hendak diperkatakan…lakarkan lah tulisan anda di blog global yang baru ja di sangkut oleh pak google…atau cuba cipta blog sendiri…cubalah klik mana mana yang boleh..pasti anda akan berjaya kalau dicuba…salam dari global untuk semua kengkawan yang ter ekses blog ini…apapun tugas tetap tugas…camtulah kita…disini hanya hiburan sesama insan

www.bigdogdotcom.wordpress.com
www.nikabduh.wordpress.com

~original Msg~

Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak petang ini menegaskan bahawa UMNO perlu muhasabah diri (do soul searching), mencari kesilapan untuk diperbaiki dan memaparkan keterampilan baru, agar rakyat kembali meyakini dan menyokong tunggak Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau berkata demikian kepada pemimpin empat peringkat semua Bahagian UMNO dalam Selangor dalam satu pertemuan tertutup dianjurkan Perhubungan UMNO Negeri Selangor di Sheraton Subang Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Wanita UMNO Dato’ Seri Rafidah Aziz, Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Puteri UMNO Dato’ Noraini Ahmad, Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato’ Seri Adnan Tengku Mansor dan Bendahari Agung UMNO Dato’ Azim Zabidi.

Beliau mengingatkan bahawa di Selangor, BN hanya mampu meraih 44% undi dan realitinya, 135,000 undi telah berpindah tangan. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, termasuk diperingkat Cawangan, “Jika kita buat lagi, tambah lagi, jangan mimpi boleh menang!”. Beliau mengingatkan bahawa pemimpin perlu menjaga gelagat dan perlakuan kerana rakyat memerhatikan mereka.

Mengenai isu “Tsunami politik” yang melanda UMNO dan BN, beliau mengaku bahwa rakyat membuat keputusan senyap senyap dan sebagai orang berkuasa yang merasakan ujud “Kekebalan politik”, UMNO dan BN gagal menilai kekuatan sebenar Pembangkang, terutama faktor Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri itu juga menjelaskan bahawa ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ hanya berlaku “Apabila masa yang sesuai” dan juga tidak memberi gambaran bila dan bagaimana ianya akan berlaku.

Ini mengundang banyak persoalan dari para hadirin. Rata mereka mahu mengetahui program ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’ ini. Ada yang mengingatkan “Jangan lama sangat”.

Diakhir pertemuan, semasa ucapan pengulungan Dato’ Seri Najib menyentuh tiga perkara:

1. Soal pemilihan calon – UMNO akan mempertimbangkan bahawa proses pemilihan calon akan diperhalusi lebih teliti lagi dan sebuah mekanisma untuk mengkaji kesan seseorang calon terhadap sesebuah kawasan itu akan diusahakan dan diterima pakai

2. Soal parti komponen – UMNO perlu mencari kaedah untuk berkerjasama lebih rapat dan berkesan dan menghayati perjuangan parti komponen. Lantas, strategi ini memenangi keyakinan dan sokongan kumpulan sasar mereka

3. Soal Peralihan Kuasa dan Kepimpinan – Belum boleh menjelaskan program terperinci, termasuk bila dan kaedah kerana ianya “Terlalu besar untuk diputuskan dengan tergesa gesa” dan beliau “Akan berbincang dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk menentukan perincian program ini”

Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib menytakan sokongan kuat dan tidak berbelah bagi UMNO Selangor kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Walaubagaimanapun, apabila wakil wakil Bahagian UMNO diberi peluang berucap, majoriti membangkitkan soal ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’; Cara dan jadual. Ini menunjukan jelas bahawa ikrar Mike Tyson awal itu tidak bersandarkan suara dan aspirasi akar umbi UMNO Selangor, yang dengan jelas mahukan perubahan.

Mike Tyson kembali menerajui UMNO Selangor setelah PRU 12 melihatkan kekalahan BN di Selangor dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meletakan jawatan sebagai menerima kepertanggung jawaban atas kekalahan memalukan BN itu.

*Perkembangan dikemas kini 11.50pm

Laporan Bernama.com mengenai pertemuan Dato’ Seri Najib dengan UMNO Selangor:

16 April, 2008 21:05 PM
globalmalau:apabila dah kalah bermakna rakyat tak suka…tak perlu lagi beri sebab musabab yang menampakkan seolah angan angan lagi…stereng kereta perlu ditukar kalau tidak pemandunya gagal mengawal dengan baik…berhati hatilah dengan rakyat…

16
Apr
08

Fitna…Filem baru dari Arab bukan Belanda

Sengaja saya copy untuk anda..globalmalau
Download Film Schism (Tandingan Film Fitna) April 14, 2008
Posted by Wimpy in BERITA.
Tags: fitna, Islam, kekerasan, schims, teroris
2 comments
Allah memberi kita dua mata supaya kita memandang sesuatu tidak dari sudut tertentu tapi kita melihat sesuatu dari berbagai sudut, Allah memberi kita dua telinga supaya kita mendengarkan sesuatu tidak dari satu pihak saja tetapi kita harus mendengarkan dari berbagai pihak, untuk itu mari kita gunakan Mata dan Telinga ini dengan cari yang lebih arif khususnya dalam menyikapi tersebarnya Film Fitna dan Schism, berikut tulisan Seorang blogger asal Arab Saudi membuat film yang mirip film “Fitna.” Film itu diberi judul “Perpecahan/Schism” dan Youtube sempat menghapus video tersebut dari situsnya, silahkan anda baca dan baca

Film “Perpecahan” berdurasi enam menit, dibuat oleh Raid Al-Saeed. “Saya membuat film itu kurang dari 24 jam, ” kata Saeed pada Arab News. Dalam film itu Al-Seed mengambil beberapa teks dalam alkitab yang sengaja ditampilkan dalam konteks yang melenceng-mirip yang dilakukan Wilders dalam film “Fitna”- dan mengaitkannya dengan sosok pemimpin kepemudaan Kristen fundamentalis asal Texas.

Film ini dapat anda saksikan di :http://www.youtube.com/watch?v=rpiccERJaFk

Al-Saeed mengatakan bahwa dirinya tidak bermaksud untuk menyebarkan kebencian terhadap umat Kristen, tapi cuma ingin membuktikan bahwa menilai Islam hanya dari menonton film “Fitna” adalah tindakan yang salah.

“Sangat gampang untuk menyelewengkan bagian-bagian dari kitab suci dari konteksnya dan membuatnya menjadi seperti kitab yang tidak manusiawi. Inilah yang dilakukan Wilders untuk menggalang dukungan atas ideologinya yang penuh kebencian, ” tulis Al-Saeed di akhir videonya.

Saeed juga memposting videonya itu di Youtube dan Youtube sempat menghapus video Saeed dengan alasan video itu melanggar persyaratan yang ditetapkan Youtube. Tapi alasan itu dibalas oleh Saeed dengan mempertanyakan mengapa Youtube menghapus videonya sementara “Fitna” masih dibolehkan tampil di Youtube. Saeed lalu memposting kembali videonya pada 2 Maret kemarin.

16
Apr
08

Pak Lah oh Pak Lah

Pada kengkawan yang baru masuk Astro…selamat menonton…TV1 TV3 TV2 boleh tengok ajer…
maklumat tak sama…

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berdalih untuk berundur dan hanya pergi bila sedia

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini berkata bahawa beliau mahukan peralihan kuasa yang licin tetapi bukanlah terburu buru untuk mengundur. Beliau berucap dalam satu taklimat khas Yang Berhormat Barisan Nasional di PWTC jam 3.00 petang tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa UMNO perlu kukuh dahulu sebelum beliau berundur. Ini adalah respons kepada desakan pelbagai pihak dalam UMNO seperti Mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad, Exco Pemuda Dato’ Mukhriz Mahathir dan Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi dalam 3 minggu pertama selepas Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008, agar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur untuk kebaikan dan proses pemulihan UMNO bermula. UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Johor juga mendesak mesej yang sama minggu lepas.

Nampaknya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi gagal “mendengar” mesej rakyat, yang begitu lantang selepas keputusan PRU 12 diumumkan dan mesej lantang akar umbi UMNO sendiri, termasuk pemimpin peringkat Bahagian. Sebelum ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyalahkan ahli UMNO dibeberapa Bahagian sebagai mensabotaj pilihanraya, mengakibatkan UMNO kalah di 5 + 1 negeri dan prestasi menurun di selebihnya seluruh Malaysia.

Jika benar sebagaimana didakwa, persoalan penting sebenarnya bukanlah “Siapa sabotaj UMNO/Bagaimana mereka sabotaj UMNO/Bila mereka sabotaj UMNO/Dimana mereka sabotaj UMNO” tetapi yang paling utama dan perlu diberikan perhatian serious ialah “Mengapa ahli UMNO sanggup sabotaj parti sendiri?”.

‘Sindrom penafian’ (denial syndrome) inilah sebenarnya akan menyebabkan ahli UMNO sendiri makin marah dan hilang keyakinan kepada Kepimpinan. Itu belum lagi seluruh rakyat Malaysia. Sabtu lepas, Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Pembangkang memang amat seronok UMNO terus dipimpin PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kerana ianya akan makin mengurangkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan mendesak “UMNO perlu dibetulkan dan hentikan “Pembohongan”.

*Perkembangan dikemaskini 5.00pm

Pagi tadi, ahli UMNO Perak berbondong bondong berkumpul diIpoh kerana Mesyuarat Pengurusan UMNO bertemu UMNO Perak, telah datang untuk menyuarakan sokongan terbuka mereka Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyddin Yassin, yang masa dilihat sebilangan besar ahli UMNO sebagai peneraju Kepimpinan UMNO. Ini lebih lagi setelah temuramah khas Muhyiddin dengan Mingguan Malaysia menegaskan proses peralihan kuasa perlu berlaku segera.

Walaubagaimanapun, Najib masih dilihat sebagai ‘beralas’ dalam pengumuman beliau mengenai proses peralihan kuasa dan Kepimpinan, yang begitu banyak diperkatakan ahli UMNO seluruh negara.

Dipetik dari Bernama.com:

14
Apr
08

Apa kata orang Johor

Isu UMNO Johor meminta untuk peralihan kuasa dan Kepimpinan agar Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera adalah tidak bagaimana media perdana siarkan semenjak malam Hari Jumaat (selepas pertemuan dengan UMNO Johor berakhir petang itu di Seri Pacific, Johor Bahru) dan Sabtu 12 April 2008. Sebenarnya, terlalu ramai ahli UMNO Johor tidak puas hati dengan pegumuman Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Dato’ Ghani Othman, selepas pertemuan itu.

Jelas semasa sidang media selepas pertemuan UMNO Johor dengan Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, MB Johor Ghani gagal memaklumkan bahawa UMNO Johor dengan jelas meminta berlaku satu peralihan kuasa dan Kepimpinan yang terancang dan berjadual, agar suara hari akar umbi UMNO dan rakyat dilunaskan. Media perdana juga dengan bersahaja sengaja mengecualikan maklumat ini dalam laporan mereka.

Jelas, ini merupakan satu ‘Pembohongan’ dan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mendesak agar ‘Parti dibetulkan (pulih) segera dan hentikan Pembohongan!” semasa dengan UMNO Bahagian Ulu Langat.

Gesaan “Perlu adakan peralihan kuasa dan Kepimpinan segera, untuk mengukuhkan UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat” ini merupakan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Hj. Mohd. Fuad Zarkashi, yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan salah seorang pemimpin UMNO Johor yang bercakap semasa pertemuan dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Dipetik dari Bernama.com:

globalmalau:pembaca utusan metro berita harian tidak tahu maklumat ini…mereka kenyang dengan pembohongan…