Arkib untuk Mac 2008

27
Mac
08

Mengapa Sultan Murka


Oleh ipacat


Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab musabab mengapa Tuanku sangat murka kepadanya.
Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat dengan pihak Istana Terengganu!

Tuanku SANGAT MURKA kerana :

1)   

Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke dalam akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid, Wan Hisham & Khairy Jamaluddin!

2)   Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!

3)   Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada tauke cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk diri dan kroninya!

4)   Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan!

 

Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang berani melawan Idris Jusoh dan puak-puaknya. Pak Lah pula pertahankan Idris kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit rakyat!

 

Wahai rakyat sekelian, marilah bangkit menyokong Tuanku Sultan! Baginda bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat! Jangan biarkan Tuanku bersendirian berdepan dengan puak-puak yang selama ini berlagak membela rakyat, padahal merekalah perompak harta rakyat!

Copy:untuk kengkawan:

27
Mac
08

Logiknya

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Pemimpin Pemuda Umno peringkat akar umbi mahu pemilihan parti diadakan tahun ini bagi membuktikan bahawa Umno sebuah parti bertanggungjawab dan mengamalkan demokrasi tulen demi kepentingan anggotanya dan rakyat secara amnya.

Mereka berpendapat bahawa ini penting bagi menunjukkan bahawa Umno adalah sebuah parti yang mendahulukan hak dan kepentingan anggotanya serta tidak melindungi kepentingan individu tertentu dalam parti.

“Kita sudah berada dalam masa tambahan selepas pemilihan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12, keputusan pucuk pimpinan (menangguhkan pemilihan) akan menidakkan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka,” kata pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat Ahmad Faizal Azumu kepada Bernama di Putrajaya Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam bahawa badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan pemilihan parti ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan daripada berlakunya malapetaka kepada parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata ketua-ketua badan perhubungan negeri telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas telah ditunda ke tahun ini bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-12 selepas kali terakhir diadakan pada 2004. Mengikut perlembagaan Umno, pemilihan boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir Jun 2009.

Pemerhati politik menjangkakan pemilihan Umno pada tahun ini akan menyaksikan akar umbi menyuarakan pendirian tegas mereka kepada pucuk pimpinan berhubung prestasi Umno yang pudar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, antara lain, menyaksikan beberapa calonnya tumbang di tangan pembangkang.

Faizal berkata pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan anggota Umno terhadap kredabiliti kepimpinan parti.

“Melalui pemilihan ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak “perform” dalam parti dan semasa pilihan raya umum lepas. Dengan kata lain, pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap.

“Kalau pemimpin itu gagal, maka ini masa yang sesuai untuk tak terima sebarang pencalonan,” kata Faizal yang turut menyokong pandangan Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir merangkap anggota Parlimen Jerlun bahawa pemilihan perlu disegerakan bagi menghormati suara akar umbi dan bukti bahawa demokrasi dalam Umno masih segar.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa Idham Yasser berkata penangguhan pemilihan itu seolah-olah usaha untuk melindungi atau mengekalkan individu tertentu dan bukannya untuk mengembalikan kekuatan parti.

“Kita tak mahu orang kata Umno tak relevan ataupun ahli Umno hanya tahu angguk sahaja. Kita sepatutnya betulkan keadaan dengan mengadakan pemilihan parti ini,” katanya.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Alawi Dahalin, cadangan penangguhan itu akan menyebabkan pemimpin Pemuda yang berpotensi hilang kelayakan untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi dalam pergerakan itu ekoran had umur 40 tahun mengikut perlembagaan parti.

“Pemilihan parti perlu diadakan pada tahun ini untuk beri peluang kepada ahli menilai kembali siapa yang layak jadi pemimpin dalam Umno sepertimana rakyat menilai Umno dalam pilihan raya umum lepas,” katanya.

Beliau berkata pucuk pimpinan tidak boleh menafikan realiti di akar umbi ekoran kehilangan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menunjanginya dengan menangguhkan pemilihan parti yang sememangnya medan kepada anggota Umno untuk memberikan pandangan dan pendirian mereka.

Pandangan Alawi itu senada dengan pandangan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Aminuddin Muhammad yang menyatakan bahawa Umno akan kesuntukkan masa untuk menghadapi pilihan raya akan datang sekiranya menangguhkan pemilihan parti.

“Kalau tak buat (pemilihan parti) maka ia bukan untuk pilihan raya tapi kepentingan individu tertentu. Lebih baik kita bergaduh dalam pemilihan untuk kebaikan parti daripada menangis lagi di kemudian hari (pilihan raya akan datang),” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Nornekman Osman berkata penanguhan pemilihan parti dalam jangka masa panjang itu akan mewujudkan kelompok-kelompok yang melemahkan Umno serta lari daripada fokus utama kepimpinan parti untuk memulihkan Umno.

Beliau berkata pertembungan dalam suasana hangat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan ekoran keputusan pilihan raya lepas yang menuntut kepimpinan memfokuskan usaha menguatkan parti melebihi kepentingan lain.

Katanya pemilihan itu akan membuktikan kepada anggota khasnya dan rakyat amnya akan ketelusan dan sifat bertanggungjawab parti dalam mengembalikan keyakinan mereka kepada Umno.

– BERNAMA

Pemilihan parti adalah cara untuk UMNO membuktikan bahawa hanya pemimpin yang sesuai sahaja layak memimpin parti nasionalis Melayu yang mempunyai tradisi cemerlang membela rakyat ini. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO menjadi lebih kuat dan membawa kebaikan bertambah untuk kepentingan orang Melayu dan Negara, selepas berlaku proses ‘penghayatan semula’ (regeneration), melalui proses pertukaran Kepimpinan, walaupun pra-matang (pre-mature).

Apabila Pengasas UMNO Dato’ Onn Jaafar mengundurkan diri dalam tahun 1951 dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih sebagai Yang DiPertua, UMNO mengubah slogan dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka” dan bergerak secara konsisten kearah itu. Akhirnya, enam tahun kemudian Malaya yang merdeka dan diterajui kepimpinan Melayu lahir dengan mengamalkan sistem raja berpelembagaan.

Sekali lagi, apabila Tunku Abdul Rahman Putra menerima ‘tekanan’ untuk berundur, setelah rata rata orang Melayu amat tidak puas hati dengan tahap kemajuan dan pembangunan mereka dan berlaku peristiwa rusuhan berdarah 13 Mei 1969, Tun Razak Hussein mengambil alih pada tahun 1970 dan berlaku transformasi dan program penyusunan masyarakat paling strategik, menyeluruh dan aggresif dalam sejarah. Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula diperkenal dan laksanakan untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan penekanan kepada pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan kepada penduduk luar Bandar dan desa. Kesanya amat memberangsangkan sehingga Negara mampu memacu kepada cita cita kearah sebagai status negara maju 20 tahun kemudian apabila “Wawasan 2020″ dilancarkan.

Saranan “Perubahan Kepimpinan UMNO akan membawa lebih kebaikan kepada orang Melayu dan Negara” dan “UMNO tidak patut gentar kepada perubahan Kepimpinan pra-matang” ini mula diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Johor Bahru pada 10 Februari 2007

24
Mac
08

Menteri Besar Terengganu…Relevanya

Kepada kengkawan yang ekses blog nih…salam dulu dari globalmalau

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak diyakini Raja dan berhadapan krisis Perlembagaan
Selepas kemenangan BN dalam lapan negeri selepas Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008, kini PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhadapan dengan krisis baru, yang mengundang lembaran baru antara hubungan politik dengan istana. Dua negeri mengalami masalah perlantikan Menteri Besar (MB).

Mula mula ialah Perlis. Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim yang berjaya mendapat 14 dari 15 DUN yang dipertandingkan, gagal dilantik sebagai MB.

Kemudian Terengganu. Selepas dua minggu PRU 12, MB Terengganu masih lagi belum dilantik dan mengangkat sumpah. Ini kerana pihak istana dikatakan tidak member perkenan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh untuk menjadi MB.

Laporan Utusan Malaysia:

Istana mahu Ahmad Said — 23 ADUN berdiri teguh di belakang Idris

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR dan WAN RAMLI WAN MUHAMAD
 

Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Ahmad Said
 

——————————————————————————–
Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pelantikan tersebut mengetepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

Mereka juga bertegas tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah yang dijadual berlangsung di Istana Tetamu, di sini pukul 8 pagi esok.

Kedudukan pelantikan Menteri Besar Terengganu berbeza dengan pergolakan jawatan yang sama di Perlis kerana Idris mendapat sokongan penuh ADUN BN.

Di Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya disokong oleh lima ADUN manakala sembilan lagi ADUN menyokong Datuk Dr. Md. Isa Sabu pada waktu pergolakan itu. Ini membolehkan Md. Isa dilantik sebagai Menteri Besar.

Kesemua 23 ADUN diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pada sidang akhbarnya petang ini, menyatakan sokongan kepada Idris dan tidak akan hadir pada upacara angkat sumpah jika calonnya bukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Rosol yang juga Setiausaha UMNO negeri memberitahu, 23 ADUN BN akan turut membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu yang baru sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Idris.

‘‘Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih.

‘‘Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sekali lagi,” tegasnya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini hari ini.

Pengumuman mengenai pemilihan Ahmad dihebahkan melalui kenyataan akhbar yang dihantar menerusi faksimile oleh Pengelola Istana Sultan Terengganu, Mohd. Yasim Awang pada pukul 5.36 petang ini.

Kenyataan akhbar itu memberitahu, MPPR dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja memilih untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Pelantikan tersebut dibuat mengikut Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2) dan upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Kuala Terengganu esok.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu menjadi isu apabila upacara mengangkat sumpah jawatan masih tidak diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Majlis tersebut yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac lalu ditangguhkan pada saat-saat akhir menjadikan Terengganu yang kekal di bawah Barisan Nasional (BN) merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai Menteri Besar walaupun selepas dua minggu pilihan raya berakhir.

Dalam pada itu, Rosol berkata, tindakan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan esok bukan perbuatan menderhaka kepada raja, sebaliknya dilakukan atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

Ditanya sama ada tindakan itu hanya untuk kepentingan satu pihak, beliau berkata, ia sebaliknya dilakukan atas kepentingan rakyat yang memilih mereka sebagai wakil.

Rosol berkata, mereka akan menghantar surat sokongan kepada Idris yang ditandatangani oleh 22 ADUN BN kepada MPPR dan Abdullah pagi esok meminta Perdana Menteri mencari penyelesaian masalah itu.

Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

‘‘Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani.

22 ADUN UMNO Terengganu telah membantah calon MB Terengganu yang diperkenan pihak istana, iaitu ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said dan mereka secara kolektif telah menghantar dua pucuk surat kepada Pemangku Sultan Terengganu.

Episod ini membuka lembaran baru kepada hubungan politik-istana, walaupun Perlembagaan Persekutuan mengariskan jelas bahawa pihak yang mendapat sokongan majoriti sebarang DUN atau Dewan Rakyat berhak dilantik sebagai MB atau Perdana Menteri.

Ini jelas membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat sudah ‘tidak yakin’ kepada Kepimpinan, pihak istana juga sudah tidak yakin dan kurang percaya. Samada cara istana bertindak menurut prinsip ‘Raja Berpelembagaan’ atau tidak, bergantung kepada perspektif yang cuba dipertahankan.

Petang ini, wakil wakil Bahagian UMNO Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di Seri Perdana.

*Perkembangan terkini, 10.58pm

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyifatkan krisis perlantikan Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu pagi tadi dan perkembangan pasca PRU 12 yang berlaku di Terengganu merupakan “Tidak menurut Perlembagaan”, selepas bertemu wakil wakil Bahagian UMNO Kelantan, Terengganu dan Pahang di Seri Perdana, Putrajaya petang tadi.

Laporan Bernama.com:

23 Mac, 2008 19:39 PM

Pelantikan Ahmad Said Sebagai MB Terengganu Tidak Ikut Perlembagaan, Kata Abdullah

SEPANG, 23 Mac (Bernama) — Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.

“Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan,” kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.

Terdahulu, Abdullah menyaksikan edisi ke-10 perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang. Beliau turut menyampaikan piala kejuaraan kepada pelumba Scuderia Ferrari Marlboro, Kimi Raikkonen.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad pagi.

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

BERNAMA

*Perkembangan terkini, Isnin 24 Mac 2008 12.25am

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila diminta untuk membuat ulasan mengenai krisis perlantikan MB Terengganu, menegaskan bahawa pihak istana Terengganu, iaitu Pemangku Sultan Terengganu dan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu perlu akur kepada peruntukan Perlembangaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri Terengganu, yang jelas termaktub bahawa perlantikan seseorang MB perlu mendapat sokongan majoriti ADUN negeri itu.

Dalam kes perlantikan ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu, beliau jelas tidak mendapat sokongan 23 ADUN dan sebaliknya, ADUN UMNO/BN ini memberikan sokongan kepada Mantan MB Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Terengganu. Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan bahawa majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat Khamis ini untuk membincangkan permasalahan krisis ini dan tindakan akan diambil. Ini juga termasuk keputusan untuk memecat Dato’ Ahmad Said sebagai ahli UMNO, kerana menentang keputusan Kepimpinan.

Dalam kes perlantikan Dato’ Dr. Md. Isa Sabu sebagai MB Perlis minggu lepas, beliau telah mendapat sokongan 9 ADUN dari kesemua 15 ADUN Perlis. Ini dipastikan sendiri secara peribadi oleh Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail, Raja Perlis, yang bertemu kesemua 9 ADUN itu di Istana Siraj, Kuala Lumpur walaupun Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim mendapat watikah perlantikan parti dari Kepimpinan UMNO/BN.

Jelas krisis perlantikan MB Terengganu ini bertambah rumit dan menunjukan jelas bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ yang disifatkan ‘lemah’ ini tidak mendapat ‘keyakinan’ dan ‘kepercayaan’ istana (ditafsirkan jelas dengan keengganan istana ‘menerima dan mengiktiraf’ calon MB Terengganu yang dipilih parti yang mendapat majoriti DUN), selain dari mesej jelas rakyat yang ditafsirkan dengan kekalahan BN di 5 + 1 negeri dan prestasi menurun di seluruh Malaysia.
*Perkembangan terkini, Isnin 24 Mac 2008 1.25 pagi

Krisis perlantikan MB Terengganu ini bertambah rumit.

Kini, 23 ADUN UMNO yang menentang perlantikan ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said sebagai MB Terengganu malam ini menyatakan bahawa ada kemungkinan mereka meletakan jawatan dan perlu diadakan Pilihanraya Kecil, walaupun baru 2 minggu memenangi kerusi wakil rakyat.

Ini dinyatakan Ketua Kumpulan 23 ADUN tersebut Dato’ Rosol Wahid, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu dan pendapat ini disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Tengku Dato’ Putera.

Dipetik dari Bernama.com:

24 Mac, 2008 01:13 AM
 
 

23 ADUN Terengganu Tidak Tolak Kemungkinan Lepas Jawatan Jika Ahmad Said Jadi MB

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara Ahad malam, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua ADUN berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

“Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas. “Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya ADUN Kijal berseorangan dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua Ketua Umno bahagian di Terengganu menyokong pelantikan Ahmad, Rosol berkata ada di antara ketua bahagian yang dinamakan itu menafikan perkara tersebut.

“Saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tadi, ada dua tiga ketua bahagian menafikan apa yang dikatakan oleh Tengku Putera itu.

“Yang bersama-sama kita ialah Ketua Umno Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Ketua Umno Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Ketua Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafiee,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan mereka boleh dianggap sebagai mencabar institusi beraja negeri, Rosol menegaskan bahawa perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana mereka hanya patuh kepada perlembagaan parti, perlembagaan persekutuan dan menuruti kehendak presiden parti, selain selari dengan undang-undang tubuh negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan diadakan Khamis ini bagi membincangkan dengan terperinci perkara berkenaan selain memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Ahmad. “Sehingga tempoh tersebut, kita akan berusaha mengadakan beberapa rundingan bagi mencapai kata sepakat. Kita tidak mahu parti berpecah belah dan masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dan kestabilan,” katanya.

– BERNAMA- globalamalau

23
Mac
08

Ku Li dan Mantan Dr M sehaluan

Tengku Razaleigh Sedia Pikul Tanggungjawab Pulih Semula Umno

KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) —

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau sanggup menerajui Umno jika ia satu-satunya cara untuk memulihkan imej parti itu berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. Pemimpin veteran Umno itu yang berdiam diri sejak kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum, berkata jika mendapat sokongan semua peringkat parti, beliau bersedia bertanding jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu akan datang.“Saya tidak keberatan untuk menggalas tanggungjawab sebesar itu jika mendapat sokongan padu bukan sahaja di peringkat akar umbi tetapi juga di peringkat pimpinan tertinggi parti.

“Jika ini boleh membantu memulihkan Umno, saya sedia menerima tanggungjawab. Terpulanglah kepada ahli Umno sendiri, saya sedia beri khidmat saya,” katanya menjawab soalan pada sidang akhbar di rumahnya, di sini.

Beliau berkata kesanggupan itu adalah di atas sifat rasa tanggungjawab dan sayang kepada parti dan dalam soal ini bukan kepentingan individu menjadi keutamaannya. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada perhimpunan agungnya yang dijadualkan tahun ini tetapi tarikhnya belum ditetapkan.

Tengku Razaleigh berkata sebagai orang lama dalam parti, beliau merasa bertanggungjawab terhadap parti dan terpanggil untuk melakukan perubahan bagi memastikan Umno kekal relevan dalam arena politik negara.

Tengku Razaleigh, 71, yang juga merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmat, mengekalkan kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum lalu dengan menewaskan Zulkefli Mohamad daripada PAS.

Menjawab soalan lain, beliau mengakui mengutus surat kepada semua ketua Umno bahagian seluruh negara bagi mendesak supaya diadakan satu perhimpunan agung khas sebelum persidangan agung Umno berlangsung.

“Sekarang ini Umno perlu kepada satu perjumpaan yang dihadiri semua peringkat bagi membincangkan hala tuju perjuangan Umno.

Jangan kita beretorik lagi, sekarang kita perlu duduk berbincang,” katanya. Ditanya maklum balas mengenai surat itu, Tengku Razaleigh berkata beliau menerima isyarat positif daripada sebahagian besar ketua bahagian tetapi kecewa ada beberapa bahagian memberi alasan tidak menerima surat itu.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata bahagian itu akan mengadakan mesyuarat agung khas bagi membuat usul supaya diadakan mesyuarat agung khas peringkat pusat.

“Cadangan saya ini bukan perkara main-main. Ini masa depan orang Melayu. Pilihan raya (8 Mac) itu tanda keresahan rakyat. Kehilangan dua pertiga suara dalam parlimen sesuatu yang sangat memeranjatkan,” katanya.

BN memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu kurang lapan kerusi untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

Tengku Razaleigh berkata dalam keadaan sekarang mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan melobi mana-mana anggota parlimen BN untuk melompat parti.

“Anggota parlimen BN, saya minta janganlah terperangkap dan lemah iman. Kita mesti pertahankan apa yang ada walaupun sedikit,” katanya.

– BERNAMA

Beberapa hari lepas, Tengku Razaleigh menarik perhatian Negara kerana surat yang dikirimkan kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, berjumlah 18,000 mencadangkan satu Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) diadakan kurang dari 60 hari lagi untuk membincangkan kekalahan Pilihanraya Umum XII, keadaan semasa dan hala tuju UMNO dan orang Melayu.

Tengku Razaleigh juga memberikan penghormatan Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun yang menghantar surat peribadi kepada PM Abdullah dan mengesa beliau menerima kepertanggung jawaban kekalahan dan prestasi buruk BN dan UMNO dan berundur.

“Saya menyokong Mukhriz menyuarakan pendapat. Itu hak dia, sebagai ahli parti. Kenapa nak ambil tindakan keatas dia?”, ujar Tengku Razaleigh. Layari petikan video sidang media ini, bahagian 1, 2 dan 3.

Semalam, negara dikejutkan apabila dua orang Timbalan Menteri yang disenaraikan menolak perlantikan mereka. Ini melambangkan ‘keyakinan’ rakyat kepada Kepimpinan masih belum pulih dan setakat ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah belum menunjukan sebarang ‘keinsafan’ keatas kekalahan BN dalam 5 + 1 negeri dan prestasi yang makin buruk diseluruh Negara. Malah beliau masih angkuh menegaskan “We have a strong mandate from the people“. Wanita UMNO juga terkilan dengan penyenaraian Kabinet dimana pemimpin mereka telah terkecuali, sedangkan Wanita MCA diberi peluang dan penghormatan.

Ini ialah pengumuman perletakan jawatan kedua hari ini. Pagi tadi Setiausaha Agung UMNO Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad memanggil sidang media untuk mengumumkan perletakan jawatan serta merta. Apabila diminta untuk komen, Tengku Razaleigh mengatakan bahawa perletakan jawatan oleh Radzi ialah “Suatu perkara yang perlu dipandang serius”.

Mungkin PM ‘Flip-Flop’ Abdullah amat sesuai dan boleh mengambil iktibar dari pengunduran sukarela Dr. Khir kerana sikap menerima kepertanggung jawaban kekalahan BN dinegeri Selangor.

*Perkembangan terbaru, Khamis 20 Mac 2008, 2.45pagi

Difahamkan bahawa Setiausaha Pemuda UMNO Dato’ Abdul Rahman Dahlan akan mengisi kekosongan Timbalan Menteri Pengangkutan apabila Dato’ Aniffah Aman MP Kimanis tidak menerima perlantikan tersebut semalam. Nama lain yang disebut sebut akan mengisikan kekosongan ini ialah Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Lajim Haji Ukin.

Published in:
23
Mac
08

globalmalau Dr.M

Khas untuk semua jenerasi…salam dari globalmalau:

Copy dari Lisham BangChot…serta group F1 …tahukah kamu kerajaan malaysia belum kebah dari demam…maseh lagi binau dan tertanya tanya apa dah terjadi

23
Mac
08

Berita Dr Mahathir…23-03-2008

Kiter bagi Copy jer untuk semua…Politik malaysia diinternet barulah betul…kalau ikut arus perdana yang sedia ada…malu diri sendiri rasanya gelagak orang politik UMNO sejak 50 tahun dulu…yang jelas nampak orang melayu tunjuk perasaan kat Penang..pelek tapi benar…malau jugak kita nengok nya…baca paper…yang sebenarnya…semasa UMNO perentah Penang 50tahun dulu kenapa tak kesah sangat masalah orang melayu…hari hari tengok TV kesah Melayu penang…dulu dulu tak kesah…sekarang ambik kesah…agaknya baru terjaga mimpi…

Msg Dr Mahathir

The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….

Ramblings and doodlings of an unsettled mind!

Tun Dr. Mahathir: Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO

 

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

dscn4178.jpg

Beliau masih lagi menegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan” dan “Bila saya meminta PM Abdullah meletak jawatan, tiada siapa menyahutnya tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18, 000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘menderhaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka. Ini mengundang soal mencabar Kepimpinan dan kemungkinan berlaku perpecahan kepada UMNO, maka reaksi beliau ialah “UMNO masa saya pun biasa berpecah. Dua kali. Sekali Tengku Razaleigh cabar saya dan sekali lagi kes Anwar. Namun UMNO berjaya dipulihkan dan orang Melayu kembali bersatu, dalam masa terdekat. Lihat bagaimana UMNO begitu kuat dalam tahun 2004 (Walaupun kes Anwar Ibrahim memecahkan UMNO dan sokongan orang Melayu)”.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.

‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlis Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”.

*Perkembangan terkini, Sabtu 22 Mac 2008 1.16am

Bernama.com membuat laporan ini:

21 Mac, 2008 23:13 PM

 

Dr Mahathir Sokong Cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa

Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

 

 

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyokong cadangan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luarbiasa pada 11 Mei depan.

Beliau berkata mesyuarat agung luarbiasa itu perlu diadakan bagi membincangkan sebab-sebab mengapa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno hilang majoriti dua pertiga dan mengalami kekalahan di lima buah negeri pada pilihan raya umum lepas.

Beliau mendakwa banyak orang termasuk anggota Umno mengundi parti pembangkang bukan kerana mahu menyokong parti lawan, tetapi disebabkan mereka tidak menyukai kepimpinan parti tersebut.

“Tetapi mereka takut untuk menyuarakan pendapat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk “Management Astray: Resuscitating Ailing Organisations” yang ditulis Allayarham Tan Sri Basir Ismail, di sini.

Ditanya sama ada beliau menyokong hasrat Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno bagi memulihkan parti itu, beliau berkata soal siapa mahu bertanding sepatutnya dibincangkan selepas mesyuarat agung luar biasa tersebut.

Dr Mahathir berkata: “Mungkin ada orang lain juga berminat nak jadi presiden, jadi kena beri peluang kepada semua orang. Bukan soal presiden, soalnya Umno. Apa yang kita lihat pada pilihan raya lepas ramai anggota Umno telah mengundi parti lawan.

Beliau berkata rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota Umno tampak jelas kerana tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya semasa beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum. “Namun saya berjumpa dengan banyak daripada mereka ini yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan (sekarang),” dakwa beliau.

Beliau mendakwa anggota Umno sekarang tidak berani menyuarakan pendapat mereka tentang kepimpinan parti kerana takut diambil tindakan sekiranya mengatakan sesuatu yang tidak disukai kerajaan.

Ditanya sama ada Umno kemungkinan berpecah jika Tengku Razaleigh mencabar presiden parti, Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, Umno berpecah sebanyak dua kali tetapi bercantum semula.

Dr Mahathir juga mencadangkan Umno meminda perlembagaannya untuk memperuntukkan penubuhan majlis presiden untuk menasihatkan presiden kerana “kita tidak boleh mengamanahkan terlalu banyak kuasa pada satu orang”.

Beliau berkata anggota majlis itu tidak boleh dipilih oleh bahagian parti kerana mereka kemungkinan dimanipulasi, dan mereka sepatutnya terdiri daripada anggota parti yang tidak cenderung kepada mana-mana pihak serta orang luar daripada golongan profesional.

Katanya perkara itu perlu kerana akhir-akhir ini Majlis Tertinggi Umno didapati tidak efektif berikutan anggota menganggap tindakan mengkritik pucuk pimpinan sebagai sikap tidak hormat.

Mengenai 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal Melayu yang bersepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) untuk menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, beliau berkata ia baik tetapi perlu dilihat kepada tujuan ia ditubuhkan.

Mengenai tiada wakil Wanita Umno dalam Kabinet, beliau berkata mereka sepatutnya memprotes tetapi beliau mendengar “pemberontakan itu hanya sekerat jalan sahaja dan selepas itu kata, saya sokong”.

Ditanya mengenai ada cubaan membeli anggota Parlimen dari BN untuk menyertai pembangkang, beliau secara sinis berkata ia berlaku pada kedua-dua pihak dan `ia sangat demokratik’.

– BERNAMA

 

 

Published in:

on March 21, 2008 at 5:36 pm Comments (36)

New Information Minister willing to engage bloggers

Kemaman MP Dato’ Ahmad Shabery Cheek was promoted from Foreign Ministry Parliamentary Secretary to Minister of Information, announced by PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi on Tuesday.

It is powerful Cabinet post and defacto ‘propaganda’ Chief for the Government.

Shabery is not all newbie and green in these propaganda and ‘information’ work. He is currently the Terengganu UMNO Information Chief and former now-defunct Semangat 46 Information Chief. He was also Chief Strategist to then Semangat 46 President Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. By far, Shabery is one of the well researched BN MP during debates in the Dewan Rakyat.

One of the issues were raised when he was met at the first day at work, after the official swearing in ceremony in the morning at Istana Negara, was bloggers and new media. According to Shabery, he was willing to engage bloggers and sit down with them.

The Star has the report:

Thursday March 20, 2008

Shabery on bloggers, politics and the middle-class

NEW Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek shares a few quick thoughts on his appointment and the general election results.

Q: The Information Minister post is a contentious position. (Former information minister) Datuk Zainuddin Maidin had his hands full?

A: I take it as a serious challenge that I have to bear. Information is always very important. Everybody wants to know what’s happening in the country and what are the government policies, or how we are going to manage things that could easily be misunderstood by people. That is a challenge for me.

Q: The new media has exploded. Are you going to engage the bloggers at all?

A: Well, I wish I could see them. But I don’t know how many there are. Bloggers can be local and global. They can be everywhere and they emerge every day. They are important. In this explosion of information technology, everywhere is the centre of information. And people are free to express what they think. There is the good and bad about that. I wish we can sit down and talk to them and think openly what’s best for the country. That’s the bottom line.

Q: Your jump from parliamentary secretary to minister has been phenomenal.

A: Politics is not like you need to sit for STPM or before that SPM, PMR or UPSR. It doesn’t work that way. In politics, somebody can emerge from nothing. And somebody can almost become prime minister and then they are nothing after that. That’s politics. Everything is temporary. What remains is your integrity and your good name. And that’s the thing I think that our team is trying to promote this time.

Q: Are you nervous at all about your appointment?

A: Yesterday, yes I was. But today, I look around and there are people around me who share the same vision, the same ideas of what the Government and country should become.

Q: Will the new Cabinet line-up inject new spirit into the Government?

A: There are new faces and young faces. The new faces might not be all that young. But, I hope the people accept this as something that is fresh – a new approach brought about by the Prime Minister. Surely it will bring new inspiration especially to those who want to see current developments truly fulfil the aspirations of the new generation in our country.

Q: Why do you think Barisan Nasional did not do well in the elections this time?

A: My thinking is that it is the middle-class urban voters who shape the ideas and the outcome throughout the country. This also happens in other South-East Asian countries. In Indonesia for example, we see it in Jakarta. In the Philippines, we see it in Manila, in Thailand it’s Bangkok. In Malaysia, we feel it in the Klang Valley. The thinking of the young people in the Klang Valley – their doubts, uneasiness, new ideas – these are what they bring with them. If I go to a kampung in Terengganu, for example, there is not one household there where they do not have a child or a cousin who is living in the Klang Valley. It is the thinking of the middle-class people or the urban voters that is very much going to shape the outcome of the election as a whole. We have to look at this. We have to tackle this. We may be a good constituent worker, take care of our voters and meet them; but if we are out of touch with the thinking of the people here, we may get some results which are out of expectations. That’s the thing.

At last, we have a Cabinet Minister who understands the power of blogs @ new media and willing to engage bloggers, rather than allienate or surpress/combative against them. We hope to see a new era of progressive information dissemination under this freshly appointed Yang Berhormat.

Yes, Minister!

*An update as of 11.55am

Read Another Brick in the Wall’s SoPo Directory as a tool for Information Minister Shabery to positively engage bloggers

Published in:

on March 20, 2008 at 9:10 am Comments (8)

Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo hari ini mengumumkan perletakan jawatan dari memimpin UMNO Selangor. Mantan Menteri Besar Selangor itu menerima kepertanggung jawaban kekalahan BN dalam Selangor.

Bernama.com melaporkan:

19 Mac, 2008 23:21 PM

Khir Letak Jawatan Pengerusi BN Dan Badan Perhubungan Umno Selangor

SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama)– Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo malam ini mengumumkan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor. “Saya rasa bertanggungjawab dengan prestasi buruk Barisan Nasional Selangor maka dengan rasa penuh tanggungjawab, saya melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor dan pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor,” katanya pada sidang akhbar ringkas di sini.Dr Khir juga memohon maaf di atas prestasi buruk BN Selangor di dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas sehingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Katanya beliau telah berbincang dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai keputusannya itu dan menurutnya Perdana Menteri pada dasarnya telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Selangor yang baru.

Muhammad yang dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Abdullah semalam, juga adalah Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Beliau berkata jawatan-jawatan lain di dalam Badan Perhubungan Umno negeri akan ditentukan oleh pengerusi yang baru.

Dr Khir berkata beliau akan bersama-sama dan memberikan kerjasama kepada pengerusi yang baru bagi menyatupadukan Umno Selangor dan menjayakan misi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN.

“Saya buat keputusan ini kerana kalau lambat membuat keputusan akan menimbulkan berbagai-bagai masalah akhirnya kita berpecah di Selangor dalam usaha kita untuk mengambil semula negeri Selangor daripada pihak pembangkang (kerajaan campuran PKR, PAS, DAP),” katanya.

Ditanya sama ada keputusanya itu dibuat secara terburu-buru, beliau berkata:”Tidak terburu-trburu kerana saya lihat prestasi buruk ini telah ada sikap salah menyalah antara satu sama lain.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab saya memikul tanggungjawab ini dan melepaskan jawatan pengerusi Badan Perhubungan Umno dan pengerusi BN Negeri.” Katanya berkata beliau membuat keputusan itu beberapa hari lepas dan telah turut membincangkannya dengan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selain Abdullah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan dan dengan rasa penuh tanggungjawab kerana beliau mengetuai jentera pilihan raya BN Selangor pada pilihan raya umum lepas.

Keputusan meletakkan kedua-dua jawatan dibuat kerana tidak mahu membebankan lagi Umno Selangor, katanya.

Dr Khir berkata: “Saya akan terus sokong Tan Sri (muhammad) kerana saya akan jadi makmum yang baik dan saya akan bersama-sama rakan yang lain turun ke bawah bagi memastikan Umno dapat berkuasa semula.

Ini bukannya masa untuk kita berpecah tetapi untuk kita bersatu.” Muhammad yang turut hadir pada sidang akhbar itu ketika diminta mengulas keputusan Dr Khir itu berkata:”Saya terkejut…saya tidak bersedia untuk bercakap apa-apa untuk media.”

– BERNAMA

Tempat yang dikosongkan Dr. Khir ini diisi oleh Sen. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, yang semalam dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam sebuah Jemaah Menteri yang disifatkan sebagai “Kabinet Perhimpunan Agung UMNO”. Muhammad juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.Dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian UMNO Selangor meminta Dr. Khir melepaskan jawatan tertinggi UMNO negeri itu.

Semalam, semua Bahagian UMNO Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang mempersetujui untuk mencadangkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, Kerajaan Selangor diperintah oleh Pembangkang, yang diketuai PKR.

Dalam perkembangan berlainan, mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah MP Gua Musang, secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar kerusi Presiden UMNO, yang dijangkakan lewat tahun ini. Beliau yang juga mantan Presiden Semangat 46 mengumumkan ini dalam sebuah sidang media diKota Bahru petang tadi.

Laporan Bernama.com:

19 Mac, 2008 22:50 PM

Tengku Razaleigh Sedia Pikul Tanggungjawab Pulih Semula Umno

KOTA BAHARU, 19 Mac (Bernama) —

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau sanggup menerajui Umno jika ia satu-satunya cara untuk memulihkan imej parti itu berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. Pemimpin veteran Umno itu yang berdiam diri sejak kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum, berkata jika mendapat sokongan semua peringkat parti, beliau bersedia bertanding jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu akan datang.“Saya tidak keberatan untuk menggalas tanggungjawab sebesar itu jika mendapat sokongan padu bukan sahaja di peringkat akar umbi tetapi juga di peringkat pimpinan tertinggi parti.

“Jika ini boleh membantu memulihkan Umno, saya sedia menerima tanggungjawab. Terpulanglah kepada ahli Umno sendiri, saya sedia beri khidmat saya,” katanya menjawab soalan pada sidang akhbar di rumahnya, di sini.

Beliau berkata kesanggupan itu adalah di atas sifat rasa tanggungjawab dan sayang kepada parti dan dalam soal ini bukan kepentingan individu menjadi keutamaannya. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada perhimpunan agungnya yang dijadualkan tahun ini tetapi tarikhnya belum ditetapkan.

Tengku Razaleigh berkata sebagai orang lama dalam parti, beliau merasa bertanggungjawab terhadap parti dan terpanggil untuk melakukan perubahan bagi memastikan Umno kekal relevan dalam arena politik negara.

Tengku Razaleigh, 71, yang juga merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmat, mengekalkan kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum lalu dengan menewaskan Zulkefli Mohamad daripada PAS.

Menjawab soalan lain, beliau mengakui mengutus surat kepada semua ketua Umno bahagian seluruh negara bagi mendesak supaya diadakan satu perhimpunan agung khas sebelum persidangan agung Umno berlangsung.

“Sekarang ini Umno perlu kepada satu perjumpaan yang dihadiri semua peringkat bagi membincangkan hala tuju perjuangan Umno.

Jangan kita beretorik lagi, sekarang kita perlu duduk berbincang,” katanya. Ditanya maklum balas mengenai surat itu, Tengku Razaleigh berkata beliau menerima isyarat positif daripada sebahagian besar ketua bahagian tetapi kecewa ada beberapa bahagian memberi alasan tidak menerima surat itu.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata bahagian itu akan mengadakan mesyuarat agung khas bagi membuat usul supaya diadakan mesyuarat agung khas peringkat pusat.

“Cadangan saya ini bukan perkara main-main. Ini masa depan orang Melayu. Pilihan raya (8 Mac) itu tanda keresahan rakyat. Kehilangan dua pertiga suara dalam parlimen sesuatu yang sangat memeranjatkan,” katanya.

BN memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, iaitu kurang lapan kerusi untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

Tengku Razaleigh berkata dalam keadaan sekarang mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan melobi mana-mana anggota parlimen BN untuk melompat parti.

“Anggota parlimen BN, saya minta janganlah terperangkap dan lemah iman. Kita mesti pertahankan apa yang ada walaupun sedikit,” katanya.

– BERNAMA

Beberapa hari lepas, Tengku Razaleigh menarik perhatian Negara kerana surat yang dikirimkan kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, berjumlah 18,000 mencadangkan satu Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) diadakan kurang dari 60 hari lagi untuk membincangkan kekalahan Pilihanraya Umum XII, keadaan semasa dan hala tuju UMNO dan orang Melayu.

Tengku Razaleigh juga memberikan penghormatan Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun yang menghantar surat peribadi kepada PM Abdullah dan mengesa beliau menerima kepertanggung jawaban kekalahan dan prestasi buruk BN dan UMNO dan berundur.

“Saya menyokong Mukhriz menyuarakan pendapat. Itu hak dia, sebagai ahli parti. Kenapa nak ambil tindakan keatas dia?”, ujar Tengku Razaleigh. Layari petikan video sidang media ini, bahagian 1, 2 dan 3.

Semalam, negara dikejutkan apabila dua orang Timbalan Menteri yang disenaraikan menolak perlantikan mereka. Ini melambangkan ‘keyakinan’ rakyat kepada Kepimpinan masih belum pulih dan setakat ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah belum menunjukan sebarang ‘keinsafan’ keatas kekalahan BN dalam 5 + 1 negeri dan prestasi yang makin buruk diseluruh Negara. Malah beliau masih angkuh menegaskan “We have a strong mandate from the people“. Wanita UMNO juga terkilan dengan penyenaraian Kabinet dimana pemimpin mereka telah terkecuali, sedangkan Wanita MCA diberi peluang dan penghormatan.

Ini ialah pengumuman perletakan jawatan kedua hari ini. Pagi tadi Setiausaha Agung UMNO Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad memanggil sidang media untuk mengumumkan perletakan jawatan serta merta. Apabila diminta untuk komen, Tengku Razaleigh mengatakan bahawa perletakan jawatan oleh Radzi ialah “Suatu perkara yang perlu dipandang serius”.

Mungkin PM ‘Flip-Flop’ Abdullah amat sesuai dan boleh mengambil iktibar dari pengunduran sukarela Dr. Khir kerana sikap menerima kepertanggung jawaban kekalahan BN dinegeri Selangor.

*Perkembangan terbaru, Khamis 20 Mac 2008, 2.45pagi

Difahamkan bahawa Setiausaha Pemuda UMNO Dato’ Abdul Rahman Dahlan akan mengisi kekosongan Timbalan Menteri Pengangkutan apabila Dato’ Aniffah Aman MP Kimanis tidak menerima perlantikan tersebut semalam. Nama lain yang disebut sebut akan mengisikan kekosongan ini ialah Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Lajim Haji Ukin.

Published in:

on March 19, 2008 at 11:56 pm Comments (9)

More drastic changes in UMNO

Unconfirmed reports revealed that UMNO Secretary General Dato’ Radzi Sheikh Ahmad resigned from his party post, citing “No longer able to contribute effectively”. Wilayah UMNO Chief Tengku Dato’ Seri Adnan Mansor is rumoured to take over.

It would also be interesting to see what will transpire in Wanita UMNO Chief Dato’ Seri Rafidah Aziz’s media conference this afternoon.

*An update as of 11.15am

Apparently, Radzi called for a media conference to announce his resgination from all party post, which include BN Secretary General.

Bernama com has the report:

March 19, 2008 11:04 AM

Radzi Sheikh Ahmad Resigns As Umno and BN Sec-Gen

KUALA LUMPUR, March 19 (Bernama)–Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, who was dropped from the Cabinet, has resigned as Umno and Barisan Nasional (BN) secretary-general with immediate effect, the former Home Affairs Minister announced today. – BERNAMA

*An update as of 5.45pmBernama.com published Rafidah’s media conference this afternoon:

March 19, 2008 17:05 PM
Rafidah Respects PM’s Decision, Remains As Wanita Head And MP E-mail this news to a friend Printable version of this news

 

 

KUALA LUMPUR, March 19 (Bernama) — Former International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz said today she accepted the decision of the Prime Minister to drop her from the Cabinet line-up announced Tuesday.Speaking at a press conference at the Ministry of International Trade and Industry here, she said she appreciated that Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wanted new faces in his Cabinet.

Rafidah said she would continue to head the Wanita Umno movement and serve as the Member of Parliament for Kuala Kangsar, which she retained in the March 8 general election.

“I had been dropped but I’m not sad. How could I be sad, I am proud of myself because I’ve lasted that long,” she said of her long service in the government.

As a politician, she said she was aware that the time to retire could come any time and every time a general election was held.

Rafidah said she was proud of having served the government for 32 years and with integrity and accountability.

However, the Wanita Umno head said she was sad that for the first time, the movement was not being represented in the Cabinet.

Asked whether Wanita Umno would make an official protest for not having its representative in the Cabinet, Rafidah said: “No need for a protest. Otherwise, people will say I am going after the position.”

She said she would not retire from politics for as long as her services were required. “I am not going to retire from politics because I am not self-appointed. As long as the (Umno) women want me, I will continue to be active in politics,” she clarified at the press conference called by her to douse speculations that she wanted to quit as Wanita Umno leader in protest of her being dropped from the cabinet line-up.

Rafidah called on Wanita Umno members to stay calm and accept the prime minister’s decision with an open mind, and to continue to work together in supporting and strengthening Umno.

She also suggested that the Barisan Nasional and Umno reevaluated their reach to the people, especially at the party grassroots’ level based on the result of the last election.

– BERNAMA

Published in:

on at 10:11 am Comments (6)

‘No confidence’ in PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s “UMNO General Assembly” Cabinet?

More on the ‘UMNO General Assembly Cabinet’.

Unconfirmed reports said two Deputy Ministers named in PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’s newly announced Cabinet declined their appointment. They are Deputy Foreign Minister Tengku Dato’ Seri Azlan Sultan Abu Bakar of Pahang and Deputy Transport Minister Dato’ Anifah Aman of Sabah.

It clearly shows the ‘confidence’ PM ‘Flip-Flop’ Abdullah received, after his more than bad performance leading BN to a humiliating below-par performance in the recently concluded 12th General Elections.

On another note, the appointment of former Women and Family Development Minister as an ‘Advisor with Ministerial Status’ was announced this evening. Wanita UMNO was said to be very unhappy with PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s Cabinet line up and this appointment is another ‘Flip Flop’ wiser-after-event decision, which he is famous for.

*An update as of 10.50pm:

Another unconfirmed report: Former International Trade Minister Dato’ Seri Rafidah Aziz, who is also Wanita UMNO Chief would be calling for a media conference tomorrow at 3.00pm. It is expected that she would be announcing her withdrawal from the Wanita UMNO position, in dismay for the appointment of leaders in PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s administration from the ever-important-wing of UMNO ground work.

 *An update as of 11.55pm:

Another rumour surfaced: Another Deputy Minister also had not accepted appointment, as per announced this morning. Deputy Finance Minister Dato’ Ahmad Husni Hanadzalah, MP for Tambun, was said to be declining the appointment

Published in:

on March 18, 2008 at 8:07 pm Comments (7)

Tiada tindakan Pemuda UMNO keatas Mukhriz

dscn4168.jpg

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang baru selesai jam 6.45 petang tadi memutuskan bahawa tiada tindakan yang akan diambil oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia keatas Exconya, Dato’ Mukhriz Mahathir selepas menimbulkan banyak perhatian kerana mengutus surat kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan.

Ini diumumkan Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang media diakhir mesyuarat.Walaupun majoriti Exco Pemuda UMNO ‘menghentam’ Mukhriz kerana tindakan peribadi itu, namun keputusan dibuat kerana semangat Pemuda UMNO untuk “mengutamakan perpaduan dan perpaduan dan lebih banyak isu isu lebih utama yang perlu ditangani”.

Ini juga secara tidak langsung Pemuda UMNO menunjukan bahawa pergerakan sayap kanan UMNO itu mula bersedia untuk menengahkan hasrat rakyat, terutama orang orang Melayu, dari ‘mesej jelas’ yang disampaikan dalam Pilihanraya Umum ke Xii 8 Mac 2008 lepas, dimana menyaksikan BN kehilangan 5 + 1 buah negeri.

Difahamkan mesyuarat tidak membincangkan Kabinet baru yang diumumkan oleh PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam perkembangan berlainan, Exco Wanita UMNO hari ini membincangkan isu tiada dikalangan Wanita UMNO yang dilantik menjadi anggota Kabinet yang diumumkan tengahari tadi.

*Perkembangan terkini Rabu, 19 Mac 2008

Dipetik dari Utusan Malaysia pagi ini:

Mukhriz: Tiada tindakan

Hishammuddin Tun Hussein bersama kepimpinan Pemuda UMNO pada sidang media Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar NASIRUDDIN YAZID.



KUALA LUMPUR 18 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Mahathir yang menulis surat menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan surat itu bersifat peribadi.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dicapai selepas pergerakan tersebut mendengar sendiri penjelasan daripada Mukhriz semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO hari ini.

‘‘Kita sudah mendengar penjelasan Mukhriz. Kita tidak akan mengambil tindakan kerana surat itu bersifat peribadi.

‘‘Surat itu juga telah dihantar khusus kepada empat atau lima orang pemimpin dan Mukhriz juga bukan pihak yang membocorkan surat itu kepada umum,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat selama tiga jam setengah itu membincangkan analisis keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac lalu selain beberapa isu semasa yang berkaitan dengan Pergerakan Pemuda.

Rabu lalu, Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergerakan itu menulis surat kepada Abdullah memintanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Tambah Hishammuddin, beliau gembira kerana semua Exco Pemuda memberi pandangan mereka semasa mesyuarat dan ia memberi tanda kebangkitan semula pergerakan itu walaupun beberapa calonnya tewas pada pilihan raya baru-baru ini.

‘‘Saya gembira semua berucap. Semua sudah meluahkan apa yang terpendam. Kita juga sudah menerima laporan daripada setiap peringkat mengenai prestasi semasa.

‘‘Kita tidak keseorangan. Jangan putus asa. Ini masa untuk kita tunaikan semua janji kepada rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, Pemuda akan mengenal pasti punca kekalahan dalam pilihan raya dan mengadakan perbincangan termasuk di peringkat cawangan.

Beliau juga mahu semua pihak berhenti daripada menuding jari menyalahkan orang lain termasuk Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang dikatakan menjadi punca kekalahan banyak calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

‘‘Semua pihak bertanggungjawab. Semua orang memikul tugas parti. Tidak guna kita menjadi Yang Berhormat kalau parti sentiasa diperlekehkan,” katanya.

Ditanya kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya umum lalu, Hishammuddin berkata, Pemuda tidak akan ambil mudah dengan pembangkang dan tidak akan takbur dengan mereka.

‘‘Pembangkang semasa pilihan raya lepas umpama ‘nyawa-nyawa ikan’ tetapi dalam keadaan macam itu pun, mereka masih boleh hidup,’’ jelasnya.

Published in:

on at 7:15 pm Comments (11)

Kabinet baru diumumkan: Kenapa Mike Tyson?

Ketua Penerangan UMNO Sen. Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dalam satu pengumuman kejutan oleh PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tengahari tadi.

Tahniahlah, seorang yang sudah ‘terkeluar gelanggang’ dua kali. Kenapa Muhammad @ Mike Tyson? Tiada personaliti lain yang menangkah dari 78 MP UMNO, terutama dengan majoriti bertambah, macam Dato’ Dr. Jamaluddin Jarjis?

Apa hebatnya Mike Tyson ini? Beliau pernah ditangkap diLapangan Terbang Antarabangsa Brisbane kerana percubaan ‘menyeludup keluar’ sejumlah wang bernilai RM 2.5 juta dalam pelbagai matawang lewat 1990an dahulu dan menyalahi undang undang Australia. Beliau telah diminta oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Majlis Tertinggi UMNO mengantung kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO sementara kes belum selesai. Walaubagaimanapun, semasa perbicaraan, beliau didapati tidak bersalah kerana mengaku ‘kefahaman Bahasa Inggeris lemah’.

Kenapa pemimpin yang pernah bermasalah jenayah (walaupun telah dibebaskan Mahkamah) masih lagi diberikan peluang sebagai anggota pentadbiran PM Abdullah? Bagaimana keyakinan rakyat, terutama orang Melayu kepada pentadbiran PM Abdullah dan seterusnya kepada UMNO dan BN akan dikembalikan kerana perlantikan ini?

Nampak sangat, Kabinet kali ini ialah ‘Kabinet Perhimpunan Agong UMNO’, yang dijangkakan diadakan lewat tahun ini. Ianya bukan Kabinet untuk ‘memperbaiki keadaan dan melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat’, terutama apabila UMNO dan BN telah kecundang dalam 5 + 1 negeri dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 lepas dan rakyat, termasuk orang orang Melayu telah menghantar ‘mesej jelas’.

Published in:

on at 3:06 pm Comments (16)

Mukhriz menerima sokongan padu akar umbi

 

Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir, yang telah mengesa Kepimpinan “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN” dalam sebuah sidang media semasa di Seberang Perai, Pulau Pinang Isnin 10 Mac 2008 dan menghantar surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengesa beliau meletakan semua jawatan pada Selasa 12 Mac 2008, mendapat reaksi positif kepada tindakan beliau.

Walaupun beberapa pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan negatif dan mengesa tindakan diambil, disamping media perdana pula ‘memutar belitkan’ (spin) laporan untuk mengelirukan orang ramai, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mukhriz menerima pesanan khidmat ringkas (sms) dan panggilan telefon tidak putus putus, dari beribu orang, ramai daripadanya tidak dikenali, menyatakan sokongan padu dan memberikan kata kata semangat atas tindakan berani ini.

Setakat petang ini, beliau menerima 1,048 sms pada telefon bimbit, dimana 99.9% daripadanya menyatakan sokongan dan kata kata semangat. Lebih 1,600 orang telah menanda tangani petisyen yang diujudkan online bagi orang ramai menyuarakan sokongan kepada tindakan beliau mengesa PM Abdullah meletakan jawatan dalam surat 12 Mac itu. Lebih 100 e mail juga diterima.

Ini menunjukan rakyat, terutama ahli UMNO dan orang orang Melayu begitu mahukan perubahan drastik, setelah mereka menghantar ‘mesej jelas’ dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai pada 8 Mac 2008.

Besok, jam tiga petang, Exco Pemuda UMNO akan bermesyuarat diTingkat 38, Menara Dato’ Onn, PWTC. Isu surat Mukhriz ini dijangkakan akan dibincangkan.

Published in:

on March 17, 2008 at 6:53 pm Comments (12)

Tengku Razaleigh minta EGM diadakan bincang kekalahan UMNO

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah telah menghantar surat kepada semua Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Puteri Bahagian, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO seluruh Negara mengesa agar diadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) pada 11 Mei 2008.

Ini adalah kerana membincangkan kekalahan dan pretasi buruk UMNO dalam Pilihanraya Umum ke XII yang baru selesai 8 mac 2008. Ini juga sebagaimana yang diperuntukan Perlembagaan UMNO Fasal 14.6.1 dan 8.5.3

Sebanyak 18,000 pucuk surat yang bertarikh 12 Mac 2008 ini telah dihantar melalui pos kepada pemimpin pemimpin UMNO disemua peringkat diseluruh Negara, yang bertajuk “Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 dan masa depan UMNO dan Orang Melayu”. 11 Mei merupakan hari perayaan ulang tahun UMNO ke 62 dan ianya amat sesuai digunakan untuk membincangkan topik sebagaimana yang dicadangkan.

dscn4160.jpg

dscn4155.jpg

Ini merupakan tindakan positif seorang pemimpin UMNO yang cuba mencari jalan membetulkan keadaan, setelah rakyat, terutama orang orang Melayu telah mengahantar ‘mesej jelas’ kepada Kepimpinan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengesa agar tidak mendengar khabar angin mengenai surat Tengku Razaleigh dan cadangan agar EGM dianjurkan, sebagaimana yang dinyatakan jelas dalam dokumen dua muka ini.

Dipetik dari NST:

2008/03/16

Rumours about letter from Razaleigh

KUALA LUMPUR: Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib has called for a stop to rumours about a meeting of all Umno division heads to discuss the resignation of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

Several Umno division leaders, when contacted, said they had heard that a letter, purportedly sent by Tengku Razaleigh Hamzah, was being forwarded to all divisions requesting them to attend a meeting on May 11.However, several attempts to get a copy of the alleged letter failed.”I was also informed of the letter but I have not seen it,” he said.He said it could be the work of unscrupulous and irresponsible people out to create problems within Umno and also to destroy the country.

“These mischievous people are out to destroy the party and the nation. Do not fall for their dirty tactics,” he told New Straits Times.He said when Barisan Nasional lost Kelantan to Pas in 2004 “there was no such mischief”. “Why is it happening now?” he asked, adding that he would look into the matter.Three Umno division chiefs in Kelantan, when contacted, said they were not aware of any such letter.Several attempts to contact Razaleigh ended in failure.

A veteran Umno politician, Razaleigh has been the representative of the Gua Musang parliamentary constituency in Kelantan for 39 years.

Sekiranya laporan NST ini tepat, nampaknya Muhammad telah tersilap maklumat kerana tiada pun dinyatakan dalam cadangan Tengku Razaleigh ini bahawa EGM itu diadakan bertujuan untuk membincang soal “Perletakan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi”. Amat malang bagi UMNO sekiranya Ketua Peneranganya ada kemungkinan salah maklumat, walaupun surat ini diedarkan secara meluas kepada 18,000 pemimpin UMNO semua peringkat seluruh Negara dan ianya bukan rahsia.

Apakah pemimpin seperti Muhammad paranoid dalam cuba ‘mempertahankan gelombang’ keresahan akar umbi UMNO, yang rata rata sedang perlahan lahan memuncak dan ‘mencabar’ Kepimpinan?

Ini juga menunjukan bertapa penting, relevan dan perlunya UMNO duduk berbincang dalam soal hala tuju parti, termasuk personaliti dan kemampuan mereka memegang jawatan tertentu dan strategik dalam parti.


Published in:

on at 1:37 am Comments (24)

Petisyen menyokong desakan Mukhriz mengesa PM Abdullah berundur

Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara. Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.

suratmukhriz011.jpgsuratmukhriz021.jpg

Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari – Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara, PM Abdullah wajar berundur kerana rata rata rakyat sudah hilang keyakinan dengan pentadbiran dan kemampuan Kepimpinan beliau.

Sebagai menyahut langkah berani dan tidak mementingkan diri sendiri Mukhriz itu, demi Agama, Bangsa dan Tanahair, maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar PM Abdullah berundur dari semua jawatan serta merta.

Sila e mail semua sokongan (lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian UMNO, sekiranya ada) – sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen) kepada:

petitbadawi@gmail.com

dan/atau

petition against Abdullah Badawi

 

Sekian, terima kasih. Allah selamatkan Malaysia, tanahair tercinta!

Published in:

on March 15, 2008 at 10:51 pm Comments (25)

 

19
Mac
08

Globalmalau

19
Mac
08

Mukhriz…PM…khairi…globalmalau

Ramai yang tidak tahu sebab apa dato’ Mukhriz hantar surat peribadi kepada PM…Saya sertakan salinan sebab musabab yang betul mengapa PM kena letak jawatan…

COPY

Adakah relevan…

Mac 13, 2008 · No Comments

Petisyen mendesak PM Abdullah berundur

Laman portal pro UMNO MyKMU.net, semalam menerbitkan satu petisyen untuk meminta Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dan berundur: global sertakan copynya …apakah relevannya

salam dari globalmalau

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup – elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan “media bashing” terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involve” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempeunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.

d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan

e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Sekian, terima kasih.

 

19
Mac
08

Artikel dari Nik Abduh

Salam Kamunting,

Biarlah saya jadi seperti anda kalian para pembaca yang budiman, untuk mendengar, membaca dan memerhati, daripada dekat atau jauh, dalam atau luar, bagaimana kawan – kawan seperjuangan, juga musuh – musuh di medan juang memutuskan lalu bertindak dan mengurus segala kekalutan yang sedang berlaku kesan daripada ‘tsunami politik’ yang mengejutkan negara dalam pilihan raya umum ke 12 baru – baru ini.

Setiap hari saya, mungkin seperti anda juga, melompat – lompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain mencari – cari berita – berita dan ulasan – ulasan terkini dalam dunia maya internet ini melalui blog – blog yang kini sudah menjadi senjata ampuh untuk memecah tembok tebal yang dibina pemerintah bagi menghalang barisan pembangkang daripada sampai kepada rakyat.

Pertengahan 90an dahulu, sewaktu penggunaan internet mula popular di Malaysia, kami yang tengah belajar di al Azhar, Mesir turut menyertai perbahasan hangat mengenai baik buruk internet yang digambarkan dengan bermacam – macam unsur negatif yang mungkin merosakkan akhlak dan cara hidup rakyat Malaysia. Kebanyakan kami melihatnya sebagai kejayaan proses globalisasi barat yang bertujuan meruntuhkan kebangkitan dunia Islam.    

Oleh kerana waktu itu negara Mesir masih jauh daripada penggunaan teknologi maklumat berbanding negara kita, kedatangan pimpinan PAS yang kerap mengunjungi para penuntut di sana telah banyak membantu meleraikan kekusutan perbahasan.

Internet adalah seperti tv. Ia baik dan ia juga buruk. Jika tidak kerajaan yang mengawalnya, anda boleh mengawalnya sendiri. Jika anda tahu menggunakannya, ia mempunyai sejuta kegunaan yang tiada diperolehi kecuali melaluinya. Begitulah lebih kurang jawaban para pimpinan PAS yang cuba menjelaskan bagaimana sikap dan pendirian parti mengenai kebebasan berinternet di Malaysia.

Saya banyak mendiam diri. Mendengar dan cuba memahami. Susah juga nak faham.

Pertama, saya masa tu baru saja pandai sentuh – sentuh komputer. Masa belajar di India, saya langsung jauh daripadanya. Saya belajar di universiti sistem pondok yang jauh sekali daripada tempias pembaharuan. Selepas reti sikit – sikit, saya dalam ceramah saya kepada mahasiswa dan mahasiswi Azhariyyin acap kali merangsang mereka untuk mahir berkomputer. Jika mahu membina jati diri seorang ustaz/ustazah, belajarlah komputer, kata saya. Akhirnya, ketika tiada lagi Azhariyyin yang buta komputer, saya masih lagi rabun komputer sampai sekarang.

Akulah guru yang membakar diri bagai lilin… he he. ( bolehlah suka – suka ya, sebab menang besarrr. Bodoh aku kalau tak borak besar – besar )

Kedua, dalam kepala saya masa itu, internet bererti wayang gambar kecil yang dibawa masuk ke rumah dengan gambar – gambar dan adegan – adegan lucah dan liar yang bersilang – silang menerjah masuk ke kepala saya. Masa tu saya tak tahu nak bezakan antara internet dan parabola. Kata orang, internet dan parabola tu adik - beradik saja. Kata orang politik sekarang, macam mertua dan menantu. Sama – sama tak boleh diharap! 

Jadi, saya masa itu boleh kata samalah dengan kebanyakan ustaz – ustaz muda lain, dalam hati kata haram! Di luar kelu lidah nak kata haram.. Sebabnya, tak faham dan tak reti peranan internet.

Hari ini, tak ada lagi orang nak tanya hukum berlayar di internet. Tanya atau marah, ertinya jakunlah tu..

Tetapi Khairi Jamaludin pernah kata bloggers adalah monyet. Orang jakun biasalah bertempur dengan monyet di hutan berebut pisang. Orang tak jakun melihat bloggers sebagai pejuang kebebasan yang diimpikan manusia merdeka.

Ayahanda pula kata mana – mana yang lawan Islam dan pejuangnya ( termasuk islamic bloggers ) adalah orang utan!

Hari ini, internet menjadi pangkalan maya gerakan Islam untuk melancarkan dakwah Islamiyyah dan menangkis serangan musuhnya. Dari hari ke hari, medannya semakin luas dan tanpa sempadan.

Pilihan raya umum ke 12 2008 kali ini dilihat cukup berbeza berbanding sebelumnya. Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dan kegagalan mereka di sepanjang tempoh kempen dilihat berpunca daripada senjata baru yang digunakan pembangkang. Internet dan bloggers adalah antara senjata utama mereka. Ia melumpuhkan peranan besar televisyen dan akhbar yang dikuasai pemerintah untuk memikat dan memukau rakyat.

Rakyat sudah celik. Kerajaan masih buta. Saya rabun komputer saja.   

Salam Kamunting,

Tahun 2008 adalah tahun menang dan menang. Allah mengurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangkakan. Dia memberi kita melebihi apa yang kita harapkan daripadaNya. Apabila Dia mahu memberi, Dia tidak perlu merujuk kepada apa yang kita minta. Dia adalah Tuhan dengan kehendakNya yang bebas dan penuh kuasa.

Kemenangan adalah daripada Allah. Kemenangan Islam adalah demi hidayat dan taufik untuk manusia. Ia bukan kemenangan duniawi yang sementara dan penuh tipu daya iblis, bahkan ia adalah kemenangan yang benar dan hakiki. Di dunia kita gembira dan di akhirat kita bergembira. Tiada kemenangan kecuali kemenangan Islam dan tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.

Sahabat dari negeri Kedah menjemput saya bertandang ke negeri Kedah. Begitulah sahabat dari negeri Perak, apatah negeri Selangor Darul Ihsan yang di tengahnya adalah Wilayah Persekutuan yang menjadi jantung Malaysia. Di tanah kontang merekah itu, sudah ada oasis yang ditemui. Ia wahah yang subur dan nyaman. 

Berjalanlah ke bumi Johor. Bukan hanya sahabat – sahabat di Johor yang menikmatinya, bahkan saya masih tercengang – cengang dengan keputusan yang dipersembahkan rakyat Johor untuk seluruh rakyat Malaysia. Jika saya sampai di sana, saya tidak mahu berceramah dan berkuliah dahulu. Saya hanya mahu mencium tangan orang Johor. Tahniah, hanya itu yang saya mahu lafazkan untuk rakyat yang berani mengubah persepsi, budaya dan adat lapuk demi Islam tercinta.

Saya hanya mengenali Paroi kerana di situ ada stadium tempat pasukan bola sepak Kelantan berkunjung menentang pasukan Negeri Sembilan dalam liga bola sepak Malaysia. Hari ini, sahabat saya YB Mohamad Taufek bin Abdul Ghani pasti menjemput saya untuk melaung kalimah takbir kemenangan di stadium itu. Tahniah orang Negeri Sembilan. Anda mengejutkan yang sedar dan yang tidur. Khairi terkejut beruk ( monyet )!

Dari bumi Kelantan yang kembali dengan seribu kekuatan sampailah ke bumi Johor yang mencipta kejutan, berjalanlah anda di bumi hijau tuhan. Allah mengurniakan kegembiraan buat seluruh pejuang dan pencinta Islam di seluruh dunia.  

Apabila datang pertolongan dan kemenangan daripada Allah, lalu engkau menyaksikan manusia berbondongan datang kepada ugama Tuhan, maka bertasbihlah kepada Tuhan dengan menyucikan dan memujiNya serta pohonlah keampunan daripadaNya.

Kegembiraan mestilah dengan bersyukur kepadaNya. Bersyukur adalah dengan kembali mengingatiNya. Ingatlah Allah, Allah akan mengingati kita.

Jangan pendekkan kegembiraan dan kemenangan ini dengan leka dan lalai daripada mengingatinya.

Marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid dan istighfar. Teruskan bertakbir.. Allahu Akbar!   

Salam Kamunting,

Saya menulis dari Kelantan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya berlangsung saya tetap di sini dan tak keluar – keluar lagi, bahkan tumpuan saya adalah di Pengkalan Chepa, pangkalan dan kubu PAS terkuat di negara kita.

AlhamduliLlah, saya telah dapati apa yang saya tulis dan bimbangkan sebelum ini mengenai fasa pertama tempoh pilihan raya yang memeritkan, iaitu saat menentukan dan menamakan calon yang akan bertanding telah berjaya dilepasi oleh PAS. Selepas penamaan calon selesai, jentera nampaknya bersatu sekali walaupun kekemasannya tidaklah  sekata kekuatannya di antara Majlis Tindakan DUN (MTD) sejumlah 45 buah itu.

Saya lihat dan fikir masa itu, ayahanda Tuan Guru Pesuruh Jaya PAS Kelantan agak sukar membuat pilihan dan keputusan. Saya menyaksikan kekalutan itu sampai saya terus memendam sampai sekarang hasrat saya untuk turut mencadangkan beberapa tokoh yang menjadi pilihan saya. Biasalah, cadangan dan percaturan bertubi – tubi dari luar ( akar umbi ) dan dalam ( pimpinan ) mengasak ayahanda lalu meletihkannya.

Mujurlah, berkat doa semua pejuang, keadaan menjadi reda sungguh selepas hari penamaan calon tersebut. Saya mendapat khabar ada dua kumpulan yang berselisih panas akhirnya berjaya disatukan dan kedua – dua pemimpin itu saling berpelukan dan bermaafan, lalu mereka turun padang bersama. Begitu juga dengan perselisihan dengan PKR yang tampak sukar di awalnya, akhirnya lerai apabila calon yang bertanding mendapat restu kedua – dua pihak.

UMNO nampaknya tewas di sini. Pak Lah dan Dato Sri Najib nampaknya terpaksa berulang – alik ke Kelantan dengan acap sekali ( tidak sebagaimana zaman Tun Mahathir ) bagi menyatukan jentera BN yang berpecah – belah. Ia nyata sekali sampai siaran televisyen pun menyiarkan ucapan Dato Sri Najib yang mengingatkan ketiga – tiga pemimpin BN Kelantan yang bertelagah agar bersatu. Pak Lah pula sampai dua kali datang dalam minggu terakhir ini. 

Musim pilihan raya adalah musim bekerja untuk Islam. Anda tidak dapat melihat bagaimana semua kita mampu berfungsi untuk kemenangan Islam sebagaimana di musim pilihan raya sebegini. 

Daripada seorang ketua dan pimpinan yang merancang, mengarah dan memantau, kemudian jentera penerangan yang berceramah, berkempen dan melancar propaganda, kemudian jentera di akar umbi yang bergerak dari rumah ke rumah, mencula, membekal, mengawal selia keselamatan kampung, pos dan markaz, menampal poster, menaikkan bendera, mencipta pelbagai kreativiti yang memukau dan menarik perhatian sehinggalah perang sms dan siber, semuanya membuktikan peranan muslim untuk Islam adalah dalam kemampuan dan benar belaka.

Allah pasti tidak mensia – siakan amalan soleh hamba – hambaNya yang berjuang di jalanNya. Dialah Tuhan di langit dan di bumi.

PAS membentuk jentera jihad pilihan raya yang hebat. Pada setiap kali pilihan raya umum, jentera jihad ini ditambah berganda – ganda dengan fungsi yang pelbagai berbanding keadaan biasa sebelum pilihan raya. Di Parlimen Pengkalan Chepa, jentera di peringkat Unit – unit Peti Undi ( UPU ) sahaja hampir mencecah seribu orang. Jika skala sama dipakai di parlimen lain, maka Kelantan sahaja membariskan barisan pejuang yang tersusun seramai 15 ribu orang. Justeru jentera PAS seluruh negara pasti mencecah 100 ribu orang yang bergerak dengan arahan dan tindakan yang satu dan tersusun.  

Sesungguhnya Allah cukup suka melihat hambaNya berjuang di jalanNya dalam satu saf yang tersusun bagai satu binaan yang kukuh. Mereka semua bekerja tanpa upah yang wajib. Upah mereka, mereka tagih di akhirat nanti.

Bagaimana PAS memperolehi kekuatan ini?  Pastinya kerana hasil perjuangan yang lama dan konsisten. Jika dulu PAS berada di tepian yang dijanggali, kini PAS sudah di arus besar setanding seteru utamanya, BN yang berpaut penuh pada jentera kerajaan dan jentera parti yang mesti diupah dan disuap wang dan janji manis sebelum dan selepas bekerja.

Menyatukan umat adalah kewajiban ugama yang utama. Melorong mereka ke medan perjuangan Islam adalah kewajiban juga. Menyusun mereka di dalam barisan jentera adalah kewajiban seterusnya. Kemudian gerakkan mereka untuk bertindak demi Islam yang disayangi.

Bila jentera ini bergerak, musuh menjadi kaget, takut dan gerun. Menggerunkan musuh adalah ibadat yang hebat.  

Saya yakin rakyat Kelantan akan terus mengundi PAS untuk memberi laluan kepada cara hidup Islam diterapkan dalam kehidupan mereka. Saya yakin rakyat Kelantan akan menolak BN demi menutup laluan kepada usaha – usaha menjahanamkan segala hasil usaha yang dibina oleh PAS selama semenjak 18 tahun yang berlalu. Rakyat Kelantan samada yang berada di negeri Kelantan atau di luar Kelantan cukup prihatin dengan perkembangan politik negara. Mereka ada kekuatan untuk membuat pilihan sendiri dan mereka tidak terdesak untuk dijual beli undi mereka demi habuan yang menghinakan. Satu undi adalah maruah dan  amanah agama.

Ini keyakinan saya berdasarkan apa yang saya renungi dan teliti daripada perkongsian saya dengan rakyat Kelantan di mana – mana. Hari ini, beberapa hari menjelang pilihan raya berlangsung, keadaan seperti mahu segera mengesahkan apa yang saya yakini. Laporan yang datang daripada pelbagai sumber mengesahkan PAS akan memperolehi kemenangan besar di Kelantan dalam pilihan raya kali ini. BN akan kalah lagi sebagaimana sebelumnya. Itulah yang saya perolehi daripada dalaman parti, daripada dalaman BN juga dan kajian luar yang lebih berwibawa.

Tetapi Malaysia bukanlah negara yang adil. Ia bukan negara yang menghormati kuasa rakyat. Rakyat hanyalah hamba abdi yang mesti melutut kepada kehendak pemerintah. Rakyat hanyalah patung – patung yang akan diperkudakan sekehendaknya oleh parti yang memerintah. 

BN tekad merampas Kelantan. Mereka mesti menang walau apa cara sekali pun. Kemenangan di Kelantan adalah ubat kepada kekalahan BN di negeri – negeri lain yang semakin hilang daripada kawalan BN. Bangsa India telah bangkit memberontak melawan kerajaan BN yang mereka sifatkan menganak – tirikan mereka. Ini kebangkitan penuh bersejarah.

Di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan lain – lain menyaksikan kebangkitan terbuka rakyat berbangsa India dan Cina yang beraninya mengalahkan keberanian penyokong PAS sendiri. Kawan – kawan saya yang kaki berceramah melaporkan kebangkitan bangsa India dan Cina yang tidak segan – segan lagi menamakan BN sebagai punca kerosakan negara. Malah, lebih mengkagumkan, mereka menerima PAS dan kepimpinan ulama juga!

Ayahanda Tuan Guru memberitahu saya bahawa wakil India di Kuala Lumpur telah meminta kebenaran ayahanda untuk baju mereka dicetak dengan gambar ayahanda bersama dengan Mahatma Gandhi! Inilah pemimpin agung manusia, kata mereka. Ah, apa ini selain keyakinan mereka kepada ISLAM BOLEH! 

Saya melihat satu gambar seorang wanita India memakai baju pada hari penamaan calon di Selangor yang tertulis ‘ Saya India, saya Hindu, Saya mahukan kepimpinan ulama ‘. Apabila PAS tidak lagi ditakuti oleh bukan Islam, PAS sebenarnya sudah pun menang selepas puluhan tahun berjuang memecahkan tembok kebal yang dibina UMNO untuk memisahkan bukan Islam daripada PAS.   

Adakah UMNO menikmati ini daripada bangsa non muslim selama mereka menjalin kerja sama?

BN akan nekad merampas Kelantan. Dengan pengumuman terbaru pembatalan penggunaan dakwat kekal oleh SPR, maka ia mengesahkan BN dalam kesempitan dan terdesak sekali.

Semasa saya menulis, laporan sampai bahawa bas – bas yang membawa pengundi hantu ( pengundi bukan rakyat Kelantan yang diselinap masuk oleh pendaftaran SPR bagi mengabsahkan undi mereka di Kelantan selain pengundi lebih satu undi ) telah mula memasuki Kelantan. Polis telah bertambah – tambah di Kelantan dengan ribuan SB bergerak di segenap pelusuk negeri. BN tidak berceramah lagi di Kelantan sepanjang tempoh berkempen. Pelik. Mereka hanya melakukan kerja – kerja yang cukup tersembunyi dan menyepi daripada dunia demokrasi. 

SPR dan segala jentera kerajaan sedang siap  sedia menyerang Kelantan dari atas dan bawah, depan dan belakang.

Kami yakin kami menang, tetapi kami yakin mereka akan merampas kemenangan kami dengan sejahat – jahat cara.  

Jika tidak kerana kerana kami diajar lama dengan kuasa Allah dan bantuanNya kepada para pejuangNya, pasti sudah kami keletihan menghadapi Pak Lah, Khairi, Tan Sri Abdul Rasyid dan lain – lain pengganas ini.

Tuhanku, tolong kami pejuangMu. 

   

Salam Kamunting,

Jika Malaysia hari ini adalah negara Islam, bolehkah pilihan raya diadakan dengan umat Islam diberi pilihan untuk memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selain Islam? Jawaban adalah mudah. Umat Islam tiada pilihan itu. Memilih selain Islam adalah keluar daripada Islam samada secara rasmi atau tidak.

Jika begitu, mengapa negara Malaysia hari ini mengadakan pilihan raya dengan memberi peluang kepada umat Islam memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selainnya yang sekular? Jawaban adalah mudah. Malaysia bukan negara Islam. Malaysia tidak terikat dengan hukum di atas. Pemerintah tidak pernah merasa bersalah melanggar hukum tersebut kerana itu hanyalah hukum untuk setiap muslim, masyarakat muslim dan negara yang muslim. Adapun Malaysia, hukum itu tidak mengikat kerana Malaysia bukanlah negara Islam.

Islam adalah pilihan Allah yang satu. Maka setiap muslim terbatas pada pilihan Tuhannya itu. Dia tidak boleh memilih lagi selain Islam. Memilih selainnya adalah mengingkari, menderhaka dan melawan pilihan dan kehendak Allah. Maka dia telah keluar daripada Islam. Samada disahkan atau tidak, di sisi Allah dia telah murtad daripada Islam.

Ini adalah jelas dan muhkam dalam kenyataan al Quran, al Hadis dan kitab – kitab para ulama yang muktabar. Ia adalah ijma’ seluruh umat Islam.

Pilihan raya untuk memilih Islam atau selainnya dalam masyarakat Islam adalah tertolak dan salah. Ia ganjil bahkan mengarut. Justeru ia langsung mengesahkan Malaysia hari ini bukan negara Islam. Ia hanyalah negara umat Islam yang diperintah oleh pemimpin umat Islam yang sakit akhlak di zahirnya dan sakit akidah di batinnya. Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpinnya yang sakit akan turut sakit. Sakit akhlak an sakit akidah. Sakit akidah membawa kepada murtad yang ditakuti.

Allah menamakannya Islam, sedang mereka menamakannya Islam Hadhari.

Allah menyuruh kepada Islam dan al Quran, sedang mereka menyuruh kepada sekular dan barat.

Allah memuliakan ulama, sedang mereka pula memerangi para ulama.

Mereka pula mahu merawat Kelantan, sedang yang sakit adalah mereka sendiri.

Mereka menawarkan Dato Awang Adek untuk Islam di Kelantan, sedang Kelantan sudah pun dipimpin seorang Tuan Guru untuk Islam di Kelantan.

Tidakkah ini terbalik?

Justeru pilihan raya di negara kita untuk umat Islam bukanlah pilihan untuk memilih yang mana satu. Ia buka pilihan, bahkan penegasan untuk menerima dan menonjolkan Islam di mata umat yang sedan sakit.

Oleh kerana hanya PAS yang menawarkan Islam untuk umat dan negara, maka ia adalah pilihan raya untuk mengundi PAS demi menegaskan keyakinan dan penerimaan kita kepada Islam dan penolakan kita terhadap sistem jahiliyah yang ada di bumi Malaysia. Pilihan selepas itu adalah sekular yang ditolak Islam. UMNO sekular dan pemerintah hari ini adalah sekular dasar mereka.

Kita diminta untuk memilih dalam pilihan raya ini antara Islam dan sekular. Tidakkah ini keceluparan terhadap Allah dan penghinaan terhadap RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam?    

Sebab itu mengundi PAS adalah wajib. Hanya PAS yang berani memerangi kebodohan ini secara langsung dan berdepan.

Kenali PAS cintai PAS sokong PAS undi PAS.

  

Salam Kamunting,

Ceramah memperkenalkan calon semalam bertukar kepada ceramah memperkenalkan wakil rakyat baru bagi DUN Kijang. Saya merasa teruja kerana diberi peluang untuk turut bersama YB Wan Ubaidah binti Omar, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan dan calon Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Hj Abdul Halim bin Abdul Rahman berceramah dan menyatakan rasa syukur kepada Tuhan yang memberi kemenangan mudah kepada pejuangNya di dalam pilihan raya kali ini.

YB Kak Ubai yang mewakili parti Islam PAS telah menang tanpa bertanding setelah ‘kad merah’ dilayangkan ke atas calon daripada BN sebelum pertarungan berlangsung lagi semasa hari penamaan calon semalam. ( Untuk keterangan lanjut dan gambar – gambar, sila ke blog rakan saya, peguam Nik Bahrom Nik Abdullah ( di sini  ) yang terlibat secara langsung mengemukakan bantahan semalam dan blog pemuda Pengkalan Chepa kendalian Saudara Ruzely Abdullah ( di sini ) yang turut bersama pada hari bersejarah itu.

Selepas menyatakan rasa syukur kepada Allah, saya memilih untuk berkongsi rasa gembira bersama hadirin yang di dominasi golongan muslimat dengan menyatakan bagaimana Allah dengan hikmat dan kasih sayangNya telah menukar angin rahmatNya kembali bertiup ke DUN Kijang, DUN paling hijau di Malaysia ( DUN Chempaka yang diwakili ayahanda Dato Tuan Guru terganggu kekuatannya dengan undi pos kem tentera ) dengan sokongan padu masyarakatnya terhadap PAS selepas menghiburkan pejuang Islam di Johor, negeri paling biru di Malaysia dengan sokongan padu rakyatny kepada UMNO dengan kemenangan tanpa bertanding calon PAS di DUN Senggaram pada pilihan raya umum tahun 2004. 

Menurut Dato Hj Abdul Halim Abdul Rahman, kemenangan tanpa bertanding kali ini adalah rekod kepada PAS Kelantan. Sebelum ini PAS Kelantan pernah mencatat rekod hebat dengan kemenangan PAS di DUN Meranti ( kini diwakili YB Ustaz Hj Nassurudin Hj Daud ) yang mengalahkan UMNO dengan hilang wang pertaruhan ( deposit ).

Jikalah tidak kerana peranan SPR yang ‘berakhlak tinggi’ menggunakan budi bicara menatang UMNO pada hari penamaan calon semalam, takbir penyokong PAS di perkarangan pusat penamaan calon semalam pasti bergema lebih gagah dan tuntas lagi dengan kemenangan tanpa bertanding oleh ayahanda YAB Tuan Guru di DUN Chempaka. SPR semalam bagai malaikat yang menyambut selamat bayi kecil yang terjatuh dari buaiannya.

Nampaknya, jika kaedah SPR dipakai guna, tanda tangan tidaklah penting dan muktamad lagi dalam segala urusan di Malaysia. Jika urusan memerintah negara pun tak perlukannya, apatahlah lagi urusan lain yang lebih kecil.  

Ia seperti kata Presiden PKR, Datin Sri Hajjah Wan Azizah bahawa beliau tidak takutkan Ustaz Firdaus, tetapi beliau lebih takutkan SPR! 

Saya kemudian memanjangkan ucapan dengan turut melahirkan keyakinan bahawa kemenangan mudah ini akan memberi nafas dan kekuatan kepada PAS untuk mematikan serangan jahat UMNO yang terus menerus mendakwa PAS meminggirkan wanita  serta sumbangan dan peranannya di dalam politik dan pembangunan negara. Saya cuba meringkaskan jawaban bagaimana wanita Islam turut berperanan besar sebagaimana begitulah pengajaran yang dianjurkan Islam bahawa kebangunan umat Islam hendaklah dengan kerja sama antara lelaki dan perempuan.  

Hari ini serangan oleh UMNO menggunakan isu wanita tidak lagi setajam dan sehebat serangan mereka 10 tahun yang lampau. Kejayaan PAS diharap membuka lembaran ke arah meyakinkan umat dengan kekuatan Islam untuk menerajui Malaysia. UMNO terus memburuk dengan kejahatannya terhadap Islam dan Tuhan mereka sendiri.

Di akhir ucapan, saya menyeru para hadirin yang merupakan para pengundi di DUN Kijang agar menjadikan kemenangan ini sebagai inspirasi untuk terus berjuang dan berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini demi kemenangan Islam di Kelantan. Ia sama sekali tidak boleh menjadi sebab untuk rehat dan alpa di tengah – tengah medan yang tengah memuncak. 24 jam hidup adalah untuk menumbangkan UMNO dan pemikiran jahatnya yang meracuni akidah umat Islam di negara tercinta.

Kemenangan ini adalah kemenangan moral yang menaikkan semangat pejuang Islam seluruh negara, khususnya Kelantan sendiri. BN Kelantan, seperti kata Cikgu Azmi Mohd Nor, Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa telah mengalami kelukaan akibat kekalahan memalukan ini. BN mungkin bangkit bagai harimau luka. Ia boleh mengganas dan apabila UMNO mengganas, jangan diharap neraka, bala dan dosa boleh menyekat mereka.

Selamat berjuang di medan jihad pilihan raya. Mengundi PAS adalah wajib. Tidak mengundi adalah dosa. Mengundi UMNO lagi – lagilah.

Semoga Allah membuka hati seluruh umat Islam untuk memahami PAS dan perjuangannya. PAS adalah untuk Islam dan umatnya selama mana ia berjuang untuk Islam.  

  

Salam Kamunting,

Pilihan raya umum ke 12 kian menghampiri dengan seluruh kekuatan tertumpu kepada hari penamaan calon. Bahangnya semakin panas dengan berita – berita politik yang sentiasa hangat dan merimaskan.

Seluruh parti politik yang akan bertanding termasuk PAS sebenarnya tengah menempuh fasa pertama yang sentiasa sukar. Ia adalah menamakan bakal calon yang akan bertempur di medan pilihan raya. Walaupun calon bukanlah faktor utama secara umumnya, tetapi ia adalah wajah depan dan fenomena yang menjadi penentu kepada kekuatan parti seluruhnya.

Di Kelantan, menamakan calon amatlah sukar. Bukan hanya UMNO yang hidup matinya berjuang untuk bersyurga dengan kemewahan palsu duniawi, PAS juga turut menempuh saat yang sukar dan merimaskan. Ia sukar sekali sekalipun PAS adalah sebuah parti politik Islam dan juga sebuah gerakan Islam.

Politik sentiasa sukar dan memeritkan. Ia bertambah sukar apabila ia semakin memuncak. Sukarnya politik di luar, sukar lagilah politik di dalam. Menangani syaitan dan nafsu di dalam adalah lebih sukar daripada menangani musuh kuffar di luar walaupun ia pecah dan memuncak di luar.

Itulah yang Allah tunjukkan untuk umat ini dengan memulakan percakaran dalaman bermula di zaman Khalifah ‘Uthman ibn Affan, kemudian Ali dan seterusnya di zaman Muawiyah radhiaLlahu anhum. Daripada merekalah kita mengambil iktibar da petunjuk. Ucapan mereka, pendirian mereka dan tindak tanduk mereka. Merekalah yang dipilih Allah untuk menunjuki kita jalan – jalan pilihan di saat kita diuji dengan pertelingkahan dalaman sesama sendiri.

Ia tentunya sukar sekali untuk dilepasi kecuali dengan kekuatan perjuangan dan petunjuk yang hebat. Maksud firmanNya: “Dan barang siapa yang berjuang di jalan Kami, pasti Kami tunjukinya jalan – jalan Kami.”

( Semasa saya belajar di India, Maulana Andzar Syah Kasymiri, pakar al Hadith di sana pernah dalam selorohnya menyebut bahawa di akhir zaman ini, usahkan dunia politik terus berpecah – belah dan bertelagah, jamaaah Tabligh yang merupakan jamaah akhirat pun berpecahan dan berbalahan juga. Beliau merujuk kepada krisis dalaman jamaah tersebut masa itu.)

Menentukan calon dalam pilihan raya, terutamanya di Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi sukar atas beberapa faktor, setengahnya benar dan setengahnya sebaliknya.

Parti terpaksa memilih yang terbaik untuk menjadi calon. Calon yang berkaliber akan menarik undi yang lebih ramai dan memikat pengundi untuk meyakini dan mempercayai manifesto yang dilancarkan demi memudahkan rakyat memahami misi perjuangan parti.

Di sini adalah biasa berlaku pertembungan dan percanggahan yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Ada orang yang merasakan dirinya layak lalu cuba menonjolkan dirinya. Ada yang merasakan dialah pilihan ramai lalu membesar – besarkan kelayakannya. Ada yang menghebohkan kekurangan orang lain dengan harapan namanya timbul. Ada yang melakukannya terang – terang dan ada yang berlapik – lapik. Ini adalah penyakit yang perlu diubati dan dinyahkan saja. Parti tidak mampu menghalangnya timbul di saat pilihan raya kerana di saat inilah kesucian dan kekotoran hati itu diuji.

Tetapi selalunya pertembungan berlaku kerana kerenah para penyokong yang akan melebihkan pilihan masing – masing. Mereka kadang – kadang beriya – iya meyakinkan sesama mereka bahawa mereka lebih mengenali calon berbanding pimpinan atas. Di sini unsur sentimen, keilmuan, kebolehan, kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya bercampur aduk. 

Pilihan adalah ijtihad. Parti tidak memiliki keupayaan memilih yang setepatnya. Jika betul, lumayanlah kesannya. Jika tidak, ia tak akan buruk semuanya. Pilihan jamaah Islam dipenuhi keberkatan.

Calon satu hal tetapi calon bukanlah segala – galanya. Ada sesuatu yang lebih penting.

Kita namakannya jentera pilihan raya. Kekalutan dan pergeseran menentukan calon akan mudah diubati kesakitannya apabila jentera parti utuh dan bersatu. Kekalutan biasanya di peringkat atas. Jenteralah yang akan memastikan penapisan yang berkesan. Jika jentera pilihan raya yang dibentuk lemah, kekalutan tadi akan merebak ke bawah dengan cepat dan tanpa kawalan. Saat itu kesusahan pasti berlaku.

Perpecahan dalaman adalah senjata berkesan yang akan digunakan musuh sepenuhnya.

Saya, samalah dengan kepimpinan lain mengimpikan perpaduan jentera. Ia adalah kekuatan bagai benteng dan kubu yang kukuh dan utuh. Kita menang dengan pertolonganNya dengan sebab kesatuan yang kita bina. Musuh sentiasa mudah berpecah belah, tetapi tanpa kekuatan sendiri yang diredhaiNya, kita pasti gagal menggamit kemenangan daripadaNya.

Politik adalah kerja utama khilafah. Politik Islam memudahkan pembinaan diri manusia sebagai hamba Tuhan. Bukankah ramai manusia dihumban ke neraka kerana pemimpin? Manusia ditipu kerana mereka menipu diri mereka sendiri. Manusia dizalimi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri.

Semoga Allah menyatukan kekuatan jentera Islam seluruhnya demi kemenangan dan ridha daripadaNya. Allahu Akbar wa LiLlahil Hamd. 

Salam Kamunting,

Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ), manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya. Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.

Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya besar disisiNya. Yang besar sangat – sangat boleh jadi sangat – sangat kecil jika ianya kecil disisiNya.

Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga. 

Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha – Maha.

Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja.

Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak – anak kita juga. Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang kemurkaan Tuhan.

Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan seorang bodoh dungu atau pelacur.

Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.

Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni.

Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya.

Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba, manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti ditanggung. 

Dua undi pada pilihan raya 2004 telah menyelamatkan Kelantan daripada jatuh kepada pendukung faham sekular yang menolak negara kepada murkaNya. Kekurangan tiga undi itulah yang menjadikan UMNO Kelantan separuh gila selama empat tahun menanggung keperitan kekalahan kepada Islam dan pejuangnya.

Dua undi itulah yang menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan. Jika sebaliknya, anda pastinya telah melihat di Kelantan kedai 7 eleven dipenuhi botol – botol arak untuk tegukan anak remaja Melayu. Anda pastinya telah menyaksikan tiada lagi erti halal dan haram dalam perbendaharaan negeri. Anda akan menyaksikan kemaksiatan yang tidak dihiraukan, malah digalakkan.

Anda pastinya kehilangan qudwah dan contoh yang hebat sebuah pemerintahan Islam yang ulama adalah pemandunya. Tidakkah dalam malu – malu dan enggan, kerajaan pusat telah meniru Kelantan dalam beberapa tindakannya selepas ditibai dan dibantai habis – habisan? Ingat cuti 2 hari seminggu? Tidakkah Kelantan hampir lumat digiling? Ingat cuti bersalin 60 hari? Tidakkah Kelantan hampir lunyai dipajan? Ingat sistem pajak gadai Islam yang kini diterima pakai oleh bank – bank konvensional?

Justeru anda harus faham dan akur bahawa satu undi nilainya adalah seribu undi. Satu undi mampu mengubah landskap politik negara. Pak Lah bermaharaja lela dalam tidurnya menaikkan harga minyak dan barang dan mengagihkan kekayaan negara kepada sesama keluarganya kerana kuasa undi yang memberinya keselesaan penuh. Itu baru dalam tidurnya! Jika beliau celik, habis pejuang disumbat ISA agaknya.

Jangan bangkitkan Pak Lah daripada tidurnya! Harimau dalam lalinya disangkarkan. 

Kerusi pembangkang yang banyak di parimen mampu menyekat Pak Lah daripada bertindak sesuka hati membodohkan rakyat. Kekuatan penentangan dan nasihat yang baik di parlimen akan membri rakyat kesedaran untuk berfikir dan berubah demi maruah dan jati diri.

Undilah PAS untuk kedaulatan Islam.

I’tizar: Terima kasih kepada sahabat – sahabat yang memberi komentar yang bagus – bagus yang memerlukan penjelasan saya. Saya mohon untuk menangguhkannya sehinggalah selepas pilihan raya nanti. Insya Allah, saya akan menjawabnya selepas itu. Anda bolehlah terus memberi, sementara saya dan yang lain membacanya dahulu.  

Salam Kamunting,

Mereka sepanjang masa bertanya saya, ” Adakah PAS akan kekal memerintah Kelantan?” Saya biasanya menjawab, “Ya, insya Allah. Itulah yang rakyat Kelantan mahukan.” Biasanya saya juga menambah sebelum beredar daripada soalan itu, ” Cuma UMNO terlalu mahu menang. Apabila mereka terlalu mahu menang, mereka meninggalkan Allah di kelam pandangan iman lalu mengenderai syaitan untuk memerangi PAS. Mereka menipu dan membeloti rakyat dan agama. Kepada Allahlah kita mengadu, berserah dan pasrah.” 

Biasanya tiada daripada kalangan mereka yang membantah jawaban saya. Pertama, ia adalah jawaban yang sama mereka terima daripada orang lain. Kedua, mereka tahu sangat UMNO dan tipu jahatnya.

Mengapa rakyat Kelantan akan terus memilih PAS untuk mengurus kehidupan mereka di Kelantan? Anda perhatikan kehebatan rakyat Kelantan di bawah:

1-  Agama adalah nyawa dan maruah diri mereka. Anda akan melihat bagaimana Islam terlalu mengawal pergerakan dan tingkah laku mereka dalam segala aspek. Oleh kerana PAS dikenali lama sebagai parti ugama, sedang UMNO pula dikenali sebagai parti dunia, sekular, kuasa, wang dan dendam, maka mudah sekali rakyat Kelantan memilih PAS tanpa syak dan ragu.

2-  PAS memiliki pemimpin ugama sebagai qudwah yang diikuti. Hampir tiada ulama besar di Kelantan untuk diminta fatwa dan nasihat kecuali mereka menyokong PAS dan perjuangannya. Rakyat Kelantan akan mudah merasa bersalah dan berdosa untuk memilih UMNO kerana mereka merasakan mereka tidak bersama dan tanpa restu para ulama.

3-  Politik adalah kopi ‘O’ rakyat Kelantan. Di sini, kopi diteguk di kedai – kedai makan untuk melawaskan perdebatan dan perbincangan perihal politik setempat dan tanah air. Dengan kesedaran politik yang tinggi, di samping isu – isu negara yang tidak menyokong kerajaan BN, adalah tidak sukar untuk rakyat Kelantan terus mengundi PAS lagi.

4-  Pembanguna fizikal di Kelantan tidak meruntuhkan binaan rohani sebagaimana begitulah senarionya di negara kita. Di Malaysia, kesima nafsu terhadap pembangunan fizikal  telah meruntuhkan jiwa, akhlak dan ugama. Di Kelantan, kerancakan pembangunan fizikal tidak kehilangan arah dan kawalan. Malah, rakyat sedar bahawa kerajaan PAS menerapkan isi dan keberkatan di dalam pembangunan fizikal.

5-  Berakar dari bawah, segenap lapisan rakyat merasai kewujudan sebuah kerajaan berkebajikan yang cuba melaksanakan amanah kuasa dengan kehendak ugama. Sentuhan hangat daripada pihak penguasa dan rasa selamat dan dilindungi menjadi satu daya yang kuat untuk mereka terus memberi sokongan dan dukungan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan.

6-  PAS kian diyakini kekuatan dan kemampuannya. 18 tahun memerintah Kelantan menjadikan PAS kuat dan mampu. Akhirnya kekuatan dan kemampuannya diyakini dan diterima rakyat tanpa rasa kekok, ragu dan rimas. PAS terbukti berjaya membuktikan ISLAM BOLEH!

7-  Rekod PAS bersih daripada penyelewengan dan rasuah oleh BPR sepanjang pemerintahannya. Ini secara kasarnya menakjubkan kerana rakyat sering menyaksikan medan politik negara yang penuh comot dengan rasuah dan penyelewengan.

8- PAS, khususnya jentera pemudanya adalah rakan anak muda. Adalah diyakini anak – anak muda Kelantan begitu selesa dengan kepimpinan pemuda PAS di setiap peringkat yang sentiasa turun padang memberi khidmat dan bantuan bagi memenuhi keperluan dan kebajikan mereka.

9- Hubungan baik dan intim antara kerajaan negeri dengan istana. Istana Kelantan yang menjadi payung agama dan rakyat jelata sentiasa di hati rakyat. Apabila hubungan di antara kedua – duanya dilihat baik dan selesa, rakyat Kelantan akan turut rasa selesa dan sejahtera.

10- UMNO terlalu lemah. UMNO tiada pemimpin contoh, tiada pemimpin muda harapan, tiada jasa besar sebagai pembangkang, tiada janji yang menyelerakan rakyat dan tiada sebab untuk diberi peluang dan harapan. Di hadapan, rakyat melihat kecelakaan bakal mengiringi UMNO jika mereka melangkah masuk ke tampuk Kota Darul Naim sekal lagi. 

Itulah 10 jika anda mahukan 10 yang sempurna dan ringkas. Asasnya, PAS lebih mendekati kehendak ugama, sedang UMNO hanyalah memperlakukan ugama sekehendak nafsunya. Asasnya, PAS lebih baik persembahannya berbanding UMNO. Asasnya, rakyat Kelantan cukup matang untuk menghukum kezaliman dan kepalsuan.

Tahniah rakyat Kelantan! Allahu akbar wa liLlahil hamd.

     

Salam Kamunting,

Pilihan raya umum ke 12 kelihatannya dah semakin menghampiri masanya. Pak Lah dan seluruh rakyat Malaysia telah hampir menamatkan teka – teki ‘demokrasi pak nujum’ apabila masing – masing mengisyaratkan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir. Hanya masa yang masih belum tunduk pada sesiapa termasuk Pak Lah. Masa tunduk pada ketentuan Tuan yang menciptanya, Allah.

Jika Pak Lah memiliki lebih kewarasan, sudah pasti beliau tidak akan berseronok dan berbodohan melihat rakyatnya bernujum – nujuman mencongak tarikh pilihan raya. Tapi nasib umat Islam yang tengah fana dalam dunia fatamorgana jahiliyah barat, mereka terpaksa akur barat jauh lebih waras dari pemimpin dunia Islam kita hari ini, khasnya Pak Lahlah.

Anda sedang menyaksikan Puan Hilarry Clinton dan Tuan Barrack Obama, juga saingan Rebublikannya sedang bertarung dalam dunia demokrasi yang cukup hebat dan menakjubkan. 

Manusia sudah tua umurnya. Ia budak – budak di zaman Nabi Adam, remaja di zaman Nabi Nuh, pemuda di zaman Nabi Ibrahim, dewasa di zaman Nabi Musa ( alaihimus salam ) dan kini sudah cukup tua di zaman Nabi Muhammad ( sallaLlahu alaihi wasallam ). Kerana itu, kerana manusia menghampiri ajal akhirnya, maka dunia kita adalah dunia yang tengah mendekati hari kehancurannya. Hari kiamat. Dunia ini buat kehidupan manusia. Bila manusia diajalkan, dunia pun diajalkan juga.

Kerana sifat tua umat ini yang mengumpul timbunan pengalaman gelojak remaja, kehangatan dan semangat masa muda di samping kematangan kedewasaan, Allah memilih untuk umat ini Al Quran sebagai mukjizat agung utusanNya itu, bukan sekadar keajaiban yang lahir daripada tubuh Baginda semasa hayatnya.

Ia adalah mukjizat ilmu dan kewarasan berfikir. Allah tahu umat Muhammad tersedia dengan akal yang matang dan sarat ilmu. Dia tahu kita akan menolak hidup dalam dunia khurafat tanpa akliah dan bukti yang pasti daripada segala ilmu yang digapai.

Justeru dunia hari ini menerima sistem syura anjuran Islam bahawa hujjah yang baik didengar dan diterima pakai melalui perantaraan mereka yang berilmu dan matang. Mereka menerapkannya dalam sistem demokrasi, sistem pemerintahan pilihan dunia hari ini, walaupun mereka melanggarnya pada asasnya bahawa syura itu mesti berteduh di bawah lingkaran kekuasaan dan kebenaran Tuhan Pencipta.

Amerika dan negara – negara di Barat berusaha menjadikannya demokrasi bebas yang mengimpikan keadilan untuk sesama mereka ( bukan sejagat ), sedang kita di dunia Islam melaungkan keadilan sejagat, walhal diri sendiri masih bertompok dengan kebodohan dan kebengapan. 

Ketika tarikh pilihan raya seharusnya menjadi hak rakyat ( hak manusia ) untuk mengetahuinya lebih awal demi persediaan rapi untuk mendengar dan menilai daripada semua pihak yang mencabar dan mendakwa, kerajaan kita kekal dalam dunia sempit yang memalukan dengan menjadikannya hak eksekutif dan ekslusif seseorang yang bergelar Perdana Menteri. Perdana Menteri menambah bodoh rakyatnya dengan ‘melantik’ mereka sebagai nujum – nujum Pak Belalang yang mengail -ngail dalam lautan ketentuan Tuhan masa.

Semacam Perdana Menteri berkata, “Sebelum pilihan raya berlangsung, pastikan rakyat membodoh diri dahulu.” Ia mahu memastikan betapa kepentingan ruang masa khas yang luas untuk persediaan rakyat mendengar dan menilai itu menjadi tidak penting dan tak perlu pun. 

Inilah bentuk demokrasi Malaysia hari ini. Demokrasi tempang yang dipaksa kita melaluinya atau kita, jika enggan, usahlah bicara pasal politik dan pemerintahan! Atau jika degil, selamat datang ke Kem Kamunting!

Akhirnya selepas puas jenuh menabur dedak di halaman rakyat dan menanam onak dan dedalu di laluan pembangkang, Pak Lah nampaknya pasrah pada apa yang dibimbanginya sebelum menemukan apa yang dicarinya.

Perjalanan mencari asy Syafi’ie dan al Ghazali terus sirna, mengendur dan menghilang dipancar sinar-XX al Khairi an al Hadhari. 

Pilihan raya kali ini kelihatan sukar. Dengan tempoh empat tahun Pak Lah mempersembahkan rentak tari politik yang penuh keliru dan tidak bersengat, rakyat kelihatan agar sukar memilih berbanding pilihan raya 2004.

Untuk memilih BN, rakyat tidak yakin dengan kestabilan ekonomi dan sosial yang dijanjikan. Keyakinan harga barang akan terus naik dan keadaan sosial yang bertambah parah tentunya menakutkan mereka untuk terus mengundi BN.

Mungkin rakyat, dek asyik dilalikan dengan umpan hiburan dan janji manis sudah tak cukup masa untuk menilai keadilan yang dialpakan untuk mereka dan kezaliman yang dikenakan terhadap pihak pembangkang hatta dengan isu – isu kekejaman akta ISA dan akta – akta lain yang membebankan, tetapi isu ekonomi dan jenayah sosial mungkin menyentuh isi batin mereka. Mereka tentunya sukar menerima BN boleh menyelesaikannya.

Mungkin rakyat, dek kejahilan berterusan dalam pengajaran ugama dan tuntutannya masih enggan memberi masa emas mereka untuk berfikir tentang masa depan mereka dan ugama mereka walaupun umat Islam terus parah dilanda kemurtadan, samada secara terbuka atau tanpa sedar. Tetapi isu ekonomi yang lembap dan penyakit sosial yang bertambah – tambah mungkin menyentuh hati nurani mereka. Mereka tentu tidak yakin lagi dengan BN untuk menyelesaikannya.

Pak Lah mengelirukan sekali. Ia mengelirukan Islam dengan Islam Hadharinya. Ia mengelirukan jiwa rakyat dengan kelembutannya. Ia mengelirukan pengundi dengan janji – janji manisnya. Ia mengelirukan masa depan Malaysia seluruhnya.

Rakyat sudah tidak yakin dengan Pak Lah, tetapi majoriti besar rakyat juga belum berfikir untuk mengundi pembangkang sebagai alternatif. Rakyat masih tidak mahu lagi memberi masa emasnya untuk menilai pembangkang dan mengenalinya. Memilih pembangkang bererti memilih PAS atau secara umumnya, memilih pakatan alternatif.    

Pakatan pembangkang masih di peringkat awal kematangan. Di kalangan umat Islam, sesetengahnya enggan menerima PAS melakukan yang betul untuk membina barisan alternatif dengan semua pihak termasuk bukan Islam. Mereka mencela atas alasan PAS menggadai ugama  dan maruah. Di kalangan bukan Islam, sesetengahnya masih melihat PAS dengan kaca mata hitam dan tidak bersedia membuangnya. Mereka fobia dengan negara Islam yang sering dikelirukan UMNO dan pakatannya.

Walaupun ketakutan terhadap pemerintah BN adalah benar, manakala ketakutan terhadap pembangkang hanyalah berkait persepsi dan tanggapan, tetapi itulah hakikat yang akan diterima pakai oleh rakyat hari ini yang telah dikenyangkan dengan dedak dan keseronokan berhibur dan ditakutkan dengan hukuman kemelaratan dan kemiskinan oleh pihak kerajaan.

PAS melalui usahanya masih gagal bertindak meyakinkan umat Islam dan rakyat secara umumnya bahawa mereka mampu memerintah dengan adil dan Islami.

Umat Islam perlu didahulukan dengan keyakinan terhadap kemampuan ugama sendiri untuk mentadbir sebelum meyakinkan mereka dengan PAS. Apabila mereka tidak memahami Islam dan kewajiban mereka terhadap ugama, bagaimanakah digambrkan mereka akan memberi perhatian serius terhadap tawaran PAS yang hanya dikenali sebagai pengganggu yang tak pernah serik untuk kalah.      

Beratus tahun umat Melayu ditanam akidah sekularisme oleh penjajah barat sebelum UMNO datang memugar dan menyuburkannya selepas kemerdekaan. Mereka tak tahu pun sekular itu adalah isu akidah yang pasti akan membakar segala amalan baik dan soleh jika ianya menyalahi Islam. Bagaimanalah mereka akan tahu walhal begitulah sistem pendidikan negara yang diterapkan sedari kecil dan begitulah berjalannya sistem pemerintahan negara yang mengawal kehidupan mereka.

Kemudian, PAS berdepan pula dengan sesuatu yang lebih mencabar yang mesti diladeni sebaiknya. PAS berdepan dengan kumpulan – kumpulan Islam lain yang masih kabur atau menolak PAS untuk memerintah. Walaupun sebahagian menerima baik PAS sebagai rakan perjuangan, bahkan sebagai ketua yang mengetuai, tetapi masih kedapatan yang menolak dan membantah.

Ada yang menolak PAS kerana dilihat sanggup bertenggek di julai sistem demokrasi barat yang menyesatkan. Ada yang menolak mentah – mentah sistem pilihan raya kerana ianya bukan daripada sistem Islam. Ada yang menghukum PAS sebagai pengganas atau pemberontak ( bughah ) kepada kerajaan Islam yang ada. Ada yang menolak PAS kerana tegurannya kasar, tak berakhlak dan tak berhikmah terhadap kerajaan sedangkan itulah kewajiban dan car menasihati pemerintah.

Ada yang melihat mengundi hanyalah harus hukum agamanya dan sunat hukum sekularnya! Ada yang mengelak daripada dicemari politik dunia jahiliyah hari ini. Ada yang kerjanya menghimpun dail – dalil ugama yang boleh dieksploitasi untuk menolak dan menyerang PAS.

Kesukaran menyatukan kefahaman di antara kumpulan – kumpulan Islam pastinya menyusahkan jalan untuk menemukan rakyat dengan keyakinan terhadap parti PAS. 

PAS dan pembangkang sukar memenangi Malaysia walupun tidak mustahil. Politik adalah usaha memenangi persepsi rakyat dan pemerintahlah yang lebih mudah memenanginya dengan kewujudan jentera propaganda yang cukup.

Rakyat yang jahil sukar untuk menolak kezaliman ke atas diri mereka kerana kejahilan dan ketakutan yang dipaksakan. Mereka tidak pula bersedia menuntut keadilan kerana alasan yang sama.

Hakikatnya PAS sebagai gerakan Islam sudah dikira berjaya dan menang jika mereka dapat memberi kesedaran ugama kepada rakyat. Kejahilan terhadap kewajiban ugama adalah musuh rakyat yang dipelihara UMNO.

Jika begitu, ketika kita melawan UMNO, hakikatnya kita sedang melawan kejahilan rakyat. Rakyat yang tahu tidak akan mengundi UMNO kerana UMNO sudah cukup jijik dalam dunia sekularnya.

Di akhirat nanti manusia dihumban ke neraka kerana diri sendiri yang menzalimi diri sendiri. Jika pun yang diikut ( pemimpin ) menjadi sebabnya, hakikatnya,tidakkah manusia masing – masing telah diberikan kekuatan akal untuk menentukan pilihan diri dengan bantuan cahaya Ilahi? 

Salam Kamunting,

Mungkin sudah jenuh saudara Slasher dan para pembaca juga menunggu jawaban yang saya janjikan ke atas komennya terhadap saya dan tulisan saya, ‘mengapa mengundi PAS adalah wajib?’  Saya memohon maaf atas kelewatan meluangkan masa untuk menulisnya. Kadang – kadang mood cukup berkuasa mengalih tumpuan dan menentukan masa kita sendiri.

Begitulah saya, hajat di hati mahu menulisnya selepas raya haji dulu, tetapi hanya hari ini saya bersinis dengan mood itu dan berkata, inilah masanya!

Elok sekali anda mengulangi dan membaca balik komen beliau itu. Saya salinkannya di sini:

Saya tersangat hairan melihat tulisan seumpama ini terhasil daripada seorang yang relatifnya muda dan mempunyai pemikiran terbuka. Saya bertambah hairan apaabila dikaitakan Islam kepada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan agama.

Kita tentu sangat tahu, sistem politik demokrasi bukan daripada ajaran Rasulullah SAW. Kita semua masih ingat Tuan Guru Hj Hadi mengatakan ’siapa kata politik suku, agama suku’ boleh membatalkan Islam. Sudah tentu perkara yang sedemikian asas dalam Islam akan terdapat cara-cara yang khusus bagi Islam. sudah tentu sudah banyak ulama-ulama silam menulis tentang sistem politik Islam. Dan sudah tentu politik Islam, yang disandarkan kepada wahyu dan sunnah akan berbeza dengan sistem-sistem politik rekaan manusia jahiliyyah semada menggunakan nama demokrasi, kominisme atau lainnya. Sebagai orang yang pernah belajar agama , Nik Abduh tahu siapa yang menganggap demokrasi adalah sistem poltik Islam, dia telah meragui kesempurnaan dan kesucian ajaran Islam. Seakan dalam politik, Islam perlu menumpang sistem jahiliah untuk melaksanakan syariatnya. Seakan Allah memperlonggarkan kaedah kita bersiyasah asalkan kita dapat berkuasa.! Atau orang ini menganggap sistem yang manusia reka itu setanding dengan sistem yang Allah dan rasul-Nya ajarkan . Ini adalah bala’ yang tersangat besar kepada Islam.

Sekiranya kita dapat berpakat, bahawa Islam datang dengan segala kesempurnaan, yakni syariatnya, jalan ke arah melaksanakan syariatnya dan perlaksanaan syariat itu sendiri. Seumpama tidak mungkin kita mampu bermain bola sepak dengan selesa di padang ragbi dan menggunakan bola ragbi!

Sekiranya kita boleh bermuafakat yang penglibatan dalam demokrasi adalah ’strategi’ dan ijtihad kita untuk memperkasakan dakwah Islamiyyah, maka tentu kita tidak begitu berani untuk mengatakan ‘mengundi PAS adalah wajib’ dalam Islam. sudah tentu kita akan melihat kenapa akhir ini Ikhwan, umpamanya. beriya-iya mahu bergiat dalam politiknya di atas pentas ‘civil party’ dan bukan religious party’. Lihatlah kenyataan dalam web-site resmi Ikhwan.

Adalah lebih bermanafaat bagi Nik Abduh memperingatkan kita semua tentang perlunya mereka yang terlibat dalam kegiataan politik untuk tidak mengadaikan agama, menggunakan isu agama untuk memenangi pilihanraya. Kerana memang terdapat ceramah demi ceramah diadakan untuk memenangkan parti sendiri, bukankah itu termasuk menggunakan agama untuk tujuan dunia? Suatu perbuatan yang terkutuk

Selepas menang pilinraya, dengan dakyah ‘mengundi PAS adalah wajib’, wakil-wakil rakyat PAS yang menerima gaji atas nama ‘kewajiban’ itu seakan-akan tidak ada sebarang taklif ke atas rakyat . Apalah bezanya kawasan yang PAS menang dengan kawasan yang PAS kalah dari segi aktiviti agama yang diatur oleh wakil-wakil rakyat PAS?. Apakah tidak haram rakyat yang berpegang ‘mengundi PAS itu wajib’ dibiarkan tanpa perancangan bagaimana ingin memperbaiki kehidupan dunia dan kesedaran agama secara konsisten dan ikhlas (tanpa menumpu kepada musim dekat pilihanraya). Bagaimana pula apabila anak beranak wakil rakyat PAS yang mendapat peluang makan gaji atas dasar ‘kewajiban’ itu juga mendapat habuan, walaupun mereka bukanlah orang yang terbaik untuk jawatan itu.

Nik Abduh juga agaknya perlu membina kekuatan diri sendiri, bukan bersandar kepada ayahanda. Nik Abduh perlu jujur dan sanggup berdepan dengan Allah dengan membuat perumpamaan yang Saiyyidina Zaid dan Saiyyidina Usamah dengan Rasulullah SAW seumapama Pak Jak dan anaknya . Bacalah kenapa Rasulullah SAW begitu sayang kepadsa Zaid, bacalah bagaimana usamah terpilih untuk mengetuai perang melawan tentera Rom. Apakah sumbangan Pak Jak dan anaknya kepada ayahanda Nik Abduh dan Islam?. Apakah boleh disamakan kasih-sayang seorang Rasul yang maksum kepada sahabat-sahabat yang yang setia kepada Islam, yang sanggup berkorban apa saja demi Islam, tidak meminta apa-apa ganjaran yang berbentuk duniawi dengan seorang taukeh balak dan anaknya yang juga ahli perniagaan kepada seorang Menteri Besar, yang berkebetulan boleh meluluskan kawasan balak kepada sesiapa yang diperkenankannya.

Kalaulah ini dikatakan politik, sekadar untuk mendapat kuasa dan mempennya. Islam tiada kena-mengena dengan aktiviti memburuk-burukkan orang lain walaupun berada di dalam separti, Islam tiada mengajar kita untuk lobi-melobi untuk mendapat kedudukan demi kedudukan. Islam tidak mengajar kita untuk bermuka-muka , tanpa sebarang integriti , hanya sekadar mengatakan ‘dengki orang PAS’ pun mendapat pahala! Islam tidak mengajar kita untuk menuduh orang lain walaupun tuduhan kita itu tidak memenuhi piawai syara’. atau tanpa mengambil kira maruah orang lain dan kebenaran tuduhan yang kita lemparkan……

Sekadar ingin berkongsi rasa dengan Nik Abduh yang banyak ‘mewarisi’ perjuangan ayahanda, sebagaimana yang diharapkan oleh Gemuluh Abang din Kubur Maras

Saudara Slasher,

 Anda tahu bahawa saya adalah ahli PAS. Melaluinya saya bersama ahli – ahli yang lain berjuang menegakkan ketuanan Islam di bumi Malaysia ini. Tak kiralah samada anda mengiktiraf PAS atau tidak, saya dengan itu adalah terikat dengan kehendak dan kerelaan sendiri untuk patuh dengan ketetapan yang ditentukan oleh PAS sebagai sebuah parti Islam, dalam bahasa sistem demokrasi negara, atau sebuah gerakan Islam, dalam istilah thaqafah dan politik Islam hari ini, atau sebuah jamaah muslimin dalam bahasa Baginda sallaLlahu alaihi wasallam.

Ini kerana saya beriman, melalui hujah – hujah ugama bahawa kekal berjamaah adalah wajib. Manakala syarat yang wajib ke arah menggapai kemenangan Islam yang dijanji Tuhan adalah melalui pembentukan dan penyempurnaan sebuah jamaah muslimah yag unggul yang akan menggerakkan dan menyatukan kekuatan ummah dengan pengajaran agama yang betul.

Saya dengan itu hendaklah bercakap mengenai PAS dalam bahasa yang dibenarkan oleh parti. Saya samada memperkasakan keputusan dan pendirian parti atau memberi pandangan dan teguran yang membangunkan parti dan menjulangnya.

Kewajiban mengundi PAS adalah keputusan dan pendirian parti. Saya memperkasakannya dengan mengolah dan menyusun hujjah agar lebih mudah difahami.

Andai saya gagah, saya menggagahkan parti dan jamaah. Andai saya lemah, parti dan jamaah pasti menggagahkan saya.

Jangan anda melagakan saya dengan pimpinan parti seperti nukilan anda dengan kenyataan TG Haji Abdul Hadi Awang. Anda hanya mengandai untk berhujjah. Andaian tidak meneguh atau meruntuh kebenaran. Saya jelaskan nanti.

Kemudian, fahami betul – betul, saya dengan mengatakan mengundi PAS adalah wajib, sama sekali tidak bermaksud menjadi ahli PAS adalah wajib! Mengundi PAS tidak sama dengan menyertai PAS sebagai ahli.

Jangan terkeliru di sini sehingga merosakkan makna yang saya maksudkan.

Selepas menjelaskan dahulu kekeliruan anda dalam 4 simpulan yang anda kemukakan, saya akan cuba berkomentar mengikut susun ayat komentar  anda. Semoga ini lebih menjelaskan.

I

Anda menegur balas saya di dalam 4 perkara:

1) Hujah mengundi PAS adalah wajib mengandungi keakuran bahawa demokrasi barat adalah daripada sistem politik Islam. Ini adalah ragu – ragu dengan Islam dan kesempurnaannya.

2) Hujah mengundi PAS adalah wajib adalah tersasar dan salah kerana penyertaan dalam demokrasi hanya bersifat  ijtihad dan strategi untuk memperkasa dakwah Islamiyyah.

3) Menyeru saya di sebalik bersibuk dengan mewajibkan mengundi PAS, agar menumpukan kepada seruan melarang ahli politik daripada menggadai agama dan menggunakan isu agama demi kuasa dan kemenangan dalam pilihan raya.

4) Menyeru saya berteguh pada kekuatan sendiri, bukan bersandar kepada kekuatan ayahanda Tuan Guru.

Dua yang terakhir hanyalah ajakan dan saranan, sedangkan dua yang pertama itulah hujah ke atas tulisan saya. Bagaimanapun saya berhajat menjelaskan kesemuanya juga.

Saudara Slasher,

Ya, sistem demokrasi barat hari ini adalah bukan daripada Islam. Asas kesalahan mereka ialah rakyat menjadi tuhan ke atas rakyat. Melaluinya kuasa dan hukum berlegar sesama manusia. Tiada Allah untuk menentukan dan menguat kuasakan.

Tetapi di dalam Islam ada demokrasi. Demokrasi Islam yang dihidupkan dalam pelaksanaan sistem syura. Syura adalah sistem yang menjulang kekuasaan Tuhan dan kebebasan hambaNya mengurus kehidupan dalam ruang kuasaNya.

Oleh kerana demokrasi barat turut menjadikan syura sebagai sebahagian isi sistemnya, sebahagian ulama kita menegaskan bagaimana sistem demokrasi barat adalah satu sistem jahiliyah dan bukan Islam yang paling mendekati Islam. Dalam dunia jahiliyah hari ini, tiada sistem yang lebih baik dan diterima umum berbanding demokrasi barat itu.

Apapun, kerosakan asas demokrasi barat menyebabkan Islam menolak pelaksanaannya dalam masyarakat Islam. Ia hendaklah sistem syura yang tulen sebagaimana ajaran al Rasul. 

Justeru pengasingan di antara isi yang bertepatan dengan Islam dan bertentangan adalah peduli dan concern  para ulama demi menyelamatkan umat Islam ketika dipaksa untuk hidup dalam dunia yang bukan dunianya hari ini.

Adakah menyertai demokrasi berpilihan raya bererti menumpang sistem jahiliyah untuk menegakkan Islam? Lalu, demi memperoleh kuasa dan politik, kita melonggarkan apa yan disempitkan oleh Allah?

Saya bertanya anda, di mana salahnya? Adakah menumpang, mengguna, meniru, menempel dan mengenderai sistem jahiliyah adalah salah seluruhnya?

Bagaimana komen anda jika sistem jahiliyah itu meniru Islam? Tidakkah barat bangkit dan maju kerana sumbangan pemikiran dan tamadun Islam sebelumnya, lalu sukarlah mereka memisahkan diri secara total daripada menerima tempias kesempurnaan Islam di dalam membina sistem kehidupan?

Adakah anda tersepit ( atau menyempitkan diri ) di dalam keyakinan dan iman bahawa sistem jahiliyah itu adalah haram semuanya? Sebelum anda berkata ya atau tidak, saya mudahkan anda dengan contoh terang berikut dan buatlah kesimpulan.

1) Dalam mempertahan kuasa politik dan survival kerajaan Islam Madinah, sistem pertahanan menggunakan parit telah diterima pakai oleh RasuluLlah ketika berhadapan tentangan sengit Barisan Nasional Arab jahiliyah dalam peperangan Khandak/Ahzab. Sistem pertahanan parit bukanlah daripada Islam sebelumnya dan bukan juga daripada Arab pun. Ia daripada sistem pertahanan kerajaan Majusi  penyembah api dari negara Parsi yang disarankan oleh Salman al Farisi. Tidakkah ini bererti RasuluLlah menumpang, meniru, mengguna, menempel dan mengenderai sistem ciptaan jahiliyah? 

Tidakkah ini bermaksud demi mempertahan dan memperolehi kuasa, RasuluLlah menumpang sistem jahiliyyah?

2) Semasa di Makkah, Baginda telah melarang Abu Zar al Ghifari daripada mengisytiharkan pengislamannya secara terang – terangan di Kota Makkah. Tidakkah ini satu keakuran dan ketundukan kepada sistem tirani jahiliyyah masa itu yang menolak Islam. Tidakkah ini bererti meninggalkan ajaran sendiri yang mendorong ke arah berterangan dengan Islam?

Dua contoh di atas menemukan kita dengan mudah sekali dengan kesimpulan bahawa tiada apapun dengan hal – hal jahiliyah selama mana ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa haramnya menggali dan berlindung dengan kekuatan parit? Apa salahnya menyembunyikan keislaman demi menyelamatkan diri dan ugama daripada belenggu kezaliman dan kejahatan?

Apa salahnya memilih pemimpin sendiri? Apa salahnya mengundi bermai – ramai bersama bukan Islam juga untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin negara? Apa salahnya menyeru supaya dipilih pemimpin yang cintakan Islam? Apa salahnya menyeru agar dinyahkan pemimpin yang jahat – jahat ( macam Chua Soi Lek, Samy Vellu, Nazri Aziz dan Rafidah Aziz selepas Pak Lah ) dengan tidak mengundi mereka?

Inilah isi pilihan raya yang berjalan walaupun penuh ketempangan dan pencabulan. Adakah dengan menerima sistem sebegini bererti kita telah menerima demokrasi barat sepenuhnya, lalu melayakkan kita untuk menerima kutukan kerana akur dengan ketidak sempurnaan Islam?

Adakah dengan semata – mata berurusan dengan bank adalah keakuran dengan sistem ribawi yang menjadi inti keharaman sistem kewangan konvensional hari ini, sedangkan urusan kita itu tidaklah melibatkan riba?

Slasher,

1) Kita hidup dalam sistem jahiliyah secara terpaksa. Maka kita terpaksa bermain dan berurusan dengan sistem ini, bukan menolaknya lalu kita hidup tergantung – gantung dan terumbang – ambing tanpa sumbangan untuk membaiki atau mengubahnya.

RasuluLlah dalam hari – hari awal dakwahnya terpaksa hidup dalam sistem Abu Jahal dan jahiliyahnya. Baginda terpaksa bermain dan berurusan dengan sistem ini demi melayakkan dakwahnya berada di tengah – tengah medan. Kerana begitu liat menyelit dan amat tenang meriak dan mengalir dalam kesukaran itulah, jahiliyah menjadi rimas dan gusar sekali dengan kekuatan Islam.

Anda tidak boleh berterangan dalam politik tanpa parti politik. Ambil saja nasib Al Arqam. Ia damai lama sekali sehinggalah urusan politik dicampuri. Kerajaan bertindak dan Al Arqam tersungkur semudahnya. Bayangkan jika mereka adalah parti politik. Tentunya lebih sukar musuh menjamah.

Berpolitik tanpa parti politik di Malaysia adalah membunuh diri. Berpolitik melalui parti politik adalah serangan yang mampu membunuh.

Kita menyerang dan menang di Kelantan dan mereka pula menyerang dan menang di Terengganu.

Sekali lagi, apabila menggali parit sebagai strategi diputuskan, kewajiban menggali parit adalah pasti, walaupun ia strategi ciptaan tamadun jahiliyah Majusi.

Apa bezanya dengan kewajiban mengundi demi mempertahankan Islam? Tidakkah ia seperti khandak/parit?

Mungkin persekitaran perbalahan perihal keabsahan bergerak dalam sistem demokrasi barat hari ini adalah lebih luas. Saya tidak bermaksud melangsaikannya seluruhnya. Ia sekadar menjawab sebuah komen yang menjengah.

2)  Anda mempertikaikan hukuman wajib mengundi yang saya hujahkan dengan alasan itu adalah ijtihad. Ia bukan lahir daripada nas qat’ie ( begitu?). Kemudian ia adalah sekadar strategi untuk memperkasa dakwah Islam.

Saya mengomel untuk anda, bukan mengaum, daripada ilmu mana lahir bingkasan hujah sebegini?

Adakah dengan sebab ianya satu ijtihad, maka tiadalah hukum wajib dikenakan? Maknanya, setinggi – tinggi ijtihad hukumnya sunat, kemudian harus, kemudian makruh. Selepas itu ijtihad tidak boleh mengenakan hukum haram. Wajib dan haram tiada dalam ijtihad.

Sekali lagi ‘ana bertanya ente’, ilmu mana?!

Saya mudahkan dengan contoh. Jika begitu, salahlah Imam asy Syafi’ie mewajibkan bacaan al Fatihah ke atas semua pendiri solat sebab itu adalah hanya satu ijtihad yang dicanggah sama sekali dalam mazhab Hanafi.

Maksud saya, anda harus belajar apa itu ijtihad, antara keluasan dan kesempitannya. Saya malas mengulas panjang.    

Kemudian, adakah dengan sebab ianya satu strategi, maka ianya tidak boleh menjadi wajib?

Hah, ini lagi ‘anjaib’! Jika begitu tak payahlah pemain bola ikut arahan coach sebab itu hanyalah strategi. Yang wajib hanyalah ikut arahan referi. Ayuh, kita lawan bola jika begitu.

Jika begitu, tak wajiblah gali parit. Itu hanya strategi memperkasa dakwah. Entah, saya pun keliru dengan arah anda. Laluan apa yang anda pilih ini untuk berhujah?

Slasher,

Anda sepatutnya menghujah balas dengan menolak keutuhan hujah – hujah saya itu. Daripada hujah – hujah itulah saya memperoleh hukum wajib. Daripada hujah – hujahlah, bacaan al Fatihah menjadi wajib ke atas makmum. Daripada hujah – hujahlah, bacaan al Fatihah tidak wajib ke atas makmum. Masing – masing berijtihad. Yang memilih wajib, maka wajiblah. Yang memilih sebaliknya, sebaliknyalah.

Adakah apabila PAS berpendirian mengundi PAS adalah wajib, maka wajiblah diterima?

Saya berkata ya, sehinggalah anda mampu mendatangkan dalil dan hujah yang menggoyangkan dan melemahkan hujah saya itu. Ini ijtihad ulama PAS dan mereka memberi hujahnya. Sebahagian besarnya adalah apa yang saya tuliskan.

Yang tiada pada penghujahan saya ialah bagaimana saya membawa dan menggunakan nas – nas dan kaedah – kaedah fiqhiyyah yang menghasilkan hukum. Saya semasa menulis, sekadar berniat untuk meringkaskannya sebagai bacaan umum yang bertujuan memudahkan, bukan mendetailkan. Sementelahan, tulisan saya itu bertujuan menyatakan sebab utama PAS terus hidup di sebalik tumbangnya satu – persatu parti politik Melayu pembangkang. 

Ini hukum ijtihad berdasarkan dalil di hadapan. Ia berhak ditolak, tetapi dengan dalil jua, bukan kerana ianya hanyalah satu ijtihad, seperti yang anda dakwa dan selekehkan penghujahan saya. Andalah yang selekeh dalam berhujah, Slasher.

1) Hujahkan bahawa menyertai pilihan raya di Malaysia adalah tidak wajib. Atau, 

2) Buktikan bahawa selain PAS, ada lagi parti politik yang bercita – cita menegakkan ketuanan Islam. Atau,

3) Buktikan bahawa PAS bukanlah memperjuangkan Islam yang syumul. Atau,

4) Buktikan UMNO yang sekular masih berhak memimpin dan tak wajib ditolak dalam pilihan raya.

5) Buktikan PAS hilang kelayakan memimpin dan menyatukan umat Islam di Malaysia.

6) Buktikan paksaan dan tekanan yang diterima yang memaksa untuk tidak mengundi PAS.

7) Buktikan PAS gagal sekali ( bukan sekadar tidak sempurna ) dan menipu di Kelantan.

Buktikan. Di situ tiada cacat dan tiada celanya anda menolak hujah saya, seterusnya duduklah di rumah dan biarkan rakyat bukan Islam memilih untuk menentukan pemimpin mereka dan pemimpin kita juga. Kita serahkan pada mereka urusan kita!

Berceramahlah. Mengajarlah. Menulislah. Berpesanlah. Keluarlah. Berekonomilah. Berkebajikanlah. Berbuatlah untuk Islam. Kemudian tunggulah pemerintahan Islam menjelma dengan pertolongan Allah.

Jahiliyahkan pilihan raya dan demokrasi. Sucikan akidah dengan kesempurnaan Islam tanpa perlu menumpang al hikmah dari dunia musuh. Kita sudah ada agama yang sempurna.

Hujahkan begitu dan tinggalkan hujah saya. Semoga anda diberkati Allah.

 3)  Saya lihat, apabila anda mengajak saya untuk lebih menumpukan kepada pembersihan dalaman PAS yang anda sifatkan dikotori dengan kempen – kempen politik yang mempergunakan ugama demi kuasa dan politik, maka anda samada begitu membenci dunia politik dan kuasa atau anda begitu pesimis dengan pemimpin – pemimpin PAS yang berdegar – degar suara mereka dengan jeritan Islam dan keadilan pemerintahan. Anda melihat kegagalan dan menafikan keikhlasan mereka.

Anda memohon saya lebih menumpukan dakwah saya ke situ, bukan asyik memaksa orang mengundi PAS dengan hukum WAJIB.

Saya harap itulah telahan saya yang adil terhadap anda.

Slasher,

Jika anda membenci politik dan kuasa dan anda tidak berminat bergelumang dengannya, maka ketahuilah bahawa orang yang paling berminat dengan politik dan kuasa dan bergelumang dengannya di antara kita adalah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam dan para nabi ulul azmi. Merekalah qudwah teragung PAS.

Untuk anda, carilah qudwah anda. Anda sama sekali tidak menemuinya daripada mereka. Hujahkan kepada saya jika anda menemuinya. Ini jika anda membosani dunia politik yang kotor itu.

Jika pula anda sebaliknya membenci dan pesimis sekali dengan pemimpin – pemimpin PAS yang anda sifatkan gagal dan tidak menunaikan amanah itu, maka ketahuilah bahawa anda menghukum PAS pada tempat yang tersasar, atau anda sebenarnya menzalimi PAS dengan penghakiman itu.

Anda seperti menolak seorang ulama kerana anda melihat dia pernah memarahi muridnya dengan bahasa celupar, atau memarahi isterinya di khalayak, atau melihatnya makan dan minum berdiri, atau melihatnya ketawa berdekah – dekah sehingga nampak pangkal kerongkongnya, atau anda melihatnya tidak khusyu’ dalam  solatnya.

Anda menolaknya sebagai seorang ulama kerana keburukan akhlaknya, di sebalik keluasan ilmunya. Adakah anda untung sekali dengan  hukuman itu?

Begitulah PAS. Ia ibarat satu tubuh. Di sebalik kecacatannya dalam akhlak oleh segelintir ( atau katalah sebahagian ) pendukungnya, ia adalah sebuah jamaah yang sejahtera pada akidahnya, teguh pada iltizamnya, betul pada ibadahnya dan yakin pada janji Tuhannya. 

Anda tidak akan mampu sampai kiamat menyaksikan kesempurnaan diri atau jamaah. Ia adalah peningkatan ilmu, iman dan amal sampai mati. Mati itulah tahap kesempurnaannya.

Kesempurnaan adalah pada ar Rasul. Selepasnya adalah perlumbaan menuju kesempurnaan yang disudahkan dengan kematian.

Selagi akidah adalah betul dan amal adalah berterusan, di situlah kesempurnaan yang dicari. 

Maksud saya, anda tidak boleh menolak PAS atau pesimis dengannya atas sebab – sebab akhlak.

Mengapa anda tidak boleh bergembira dengan pemimpin – pemimpin PAS yang lain yang berakhlak, berilmu dan berjuang dengan penuh istiqamah. Adakah mereka masih gagal menceriakan hati anda?

Sempurnanya cita rasa anda, Slasher. Sukar sekali mendapat markah anda sedang saya dan anda mengharapkan markah yang murah – murah daripada Allah.

4) Adapun seruan anda agar saya berteguh pada kekuatan sendiri dan tidak bersandar pada ayahanda, saya dalam terima kasih sekadar bertanya, bagaimana caranya?

Adakah anda meminta saya keluar daripada jawatan -jawatan saya dalam PAS? Atau Ketua Whip Ahli Majlis MPKB-BRI? Atau pengetua Maahad Tahfiz Nikmatillah? Atau menukilkan kata – kata ayahanda saya semasa berceramah? Atau memperolehi habuan kewangan daripadanya?

Adakah anda melihat saya sedang mencanak di serambi kenamaan kerana ayahanda saya?

Slasher,

Demi tuhan, sayalah yang tidak ceria ayahanda terus memegang jawatan MB. Jika tidak kerana keyakinannya bahawa jawatan itu masih tetap amanah yang terbeban ke atasnya, pasti dia menerima pandangan saya untuk berhenti daripada jadi MB Kelantan.

Demi tuhan, sayalah yang sedang merayu – rayu kepadanya agar tidak mencalonkan saya dalam pilihan raya selepas beliau tampak bersetuju dengan pandangan sebahagian sahabat yang mencadangkan saya bertanding.

Demi tuhan, sayalah yang paling tidak selesa untuk menjadi Ketua Whip MPKB-BRI. Kalaulah tidak salah untuk ditolak, saya pasti menolaknya.

Demi tuhan, sayalah yang paling keliru dan malu untuk menggantikan ayahanda berkuliah perdana di pagi Jumaat di pejabat PAS.

Beritahu saya bagaimana caranya lagi? Jika ianya bermanfaat untuk menjernihkan hati anda dan hati – hati mereka yang keliru dengan saya.

Sebenarnya, dengan permintaan anda itu, saya jadi membenci diri saya sendiri. 

II

1) Anda kata, saya hairan dikaitkan Islam dengan hal – hal yang tiada kaitan dengan ugama. Saya tanya, apakah hal – hal yang tiada kaitan dengan ugama? Setahu saya semuanya berkaitan dengan ugama. Babi, anjing, tahi, Firaun, Namrud, nyamuk, saya, anda, ayahanda, Pak Lah dan semuanya ada kaitan dengan ugama.

2) Ya, kita terpaksa bermain bola sepak di padang ragbi dan dengan bola ragbi. Itu saja pilihan. Jika tidak, kita kalah percuma kerana tak main atau langsung tak layak kerana menolak sistem bahlol itu. Pilihan anda? Tunggu mereka tukar ke padang bola?

3) Terima kasih kerana membawa Ikhwan Muslimin dalam berhujah. Sejuk hati saya. Begini, anda tahu ijtihad dan fatwa berubah mengikut masa, tempat, uruf, tambahan ilmu dan lagi? Jika begitu, tidakkah anda tahu keadaan politik di sana? Ia tak samakan? Ringkasnya, anda kena tahu bahawa ijtihad Ikhwan dalam berpilihan raya adalah boleh berbeza dengan ijtihad ulama PAS. Inilah ijtihad!

4) Anda berkata, apa beza aktiviti agama kawasan wakil rakyat yang dimenangi PAS berbanding UMNO? Saya kata sama saja. Apa perlu kita membezakan sebab kita telah menang di Kelantan, bukan kawasan – kawasan tertentu. Yang anda lihat itulah yang PAS buat. Jika anda tak puas hati, itu hak anda. Jika anda kata, tiada beza di antara aktiviti PAS dan UMNO, saya kata anda buta! Sekali lagi, anda buta dan semoga Allah mencelikkan anda.

5) Pasal anak pemimpin PAS dapat makan gaji dalam kerajaan sedangkan mereka bukanlah yang terbaik, saya kata, adakah salah dan haram anak pemimpin PAS/wakil rakyat makan gaji kerajaan? Dari mana anda dapat hukum ini? Semasa pemerintahan Sayyidina ‘Uthman radiaLlahu anhu, tidakkah jelas bagaimana beliau memanfaatkan ketulusan ahli keluarganya berkhidmat untuk beliau. Kalau salah, ah, salahlah sunnah khulafa’ rasyidin tersebut. Kemudian, andaian bahawa mereka bukanlah yang terbaik, itu terlalu relatifkan? Adakah penjawat awam hari ini terbaik pada tempat masing – masing? Tidakkan?

Saya tidak membela semberono. Berbahaslah dengan hukum yang jelas, bukan andaian yang menggadai ugama dan maruah diri. Jangan menzalimi mereka dengan kemarahan sebegitu. Tiada pahalanya berbuat begitu.

Tanya ayahanda jika anda mahu, mengapa ayahanda terus cekal bertahan menempatkan menantunya di kerusi panas di Perbadanan Menteri Besar? Adakah dia berkeras kerana sayangkan menantu tanpa pedulikan hukum hakam? 

6) Anda murka sekali apabila saya mengumpamakan kasih sayang ayahanda kepada Roshaimi, anak Abang Jak ( Razak Abas ) seumpama sayangnya RasuluLlah pada Usamah, anak Zaid radiaLlahu anhuma sehingga meminta saya bersedia menjawab di hadapan Allah kerana menyamakan cinta nabi terhadap dua beranak itu dengan cinta ayahanda terhadap ‘tauke’ balak anak beranak itu. Anda mempertikai jasa mereka untuk Islam. Anda meminta saya membaca buku sirah. ( Untuk pengetahuan bersama, saudara Slasher merujuk kepada tulisan saya dalam blog ‘kelate’ lain untuk mengkritik kredibiliti tulisan saya di sini )

Slasher,

Ya, RasuluLlah menyayangi Usamah sekurang – kurangnya kerana dua perkara. Pertama, kehebatan Usamah sendiri. Kedua, Usamah itu anak Zaid, maula kesayangannya juga. Anda membaca ini, Slasher?

Anda tahu bagaimana sayangnya RasuluLlah kepada sahabat handai Siti Khatijah radiaLlahu anha? Kerana sayangnya baginda pada Khadijahkan? Anda tahu bagaimana sayangnya Baginda pada Aisyah radiaLlahu anhakan? Kerana dia anak sahabat agungnyakan, selain dia adalah isterinya?

Anda belajarkah bab ‘attasybih’? Bahawa sudah cukup tasybih itu berlaku jika musyabbah itu memiliki satu sifat musyabbah bihi, tak perlu semuanya? Kemudian, bila pula ada larangan kita membuat tasybih dengan ar Rasul? Tidakkah kita mendoakan cintaNya kepada kita sebagaimana cintaNya kepada Baginda?

Saya kira anda tak belajar, lalu anda menyondol macam babi hutan yang menerkam saya tanpa ilmu, mempersoal jasa orang pada Islam, mempersoal halal haram rezeki orang dan mempersoal keikhlasan orang. Anda rasa seronok sangatkah berbuat begitu?  

Dari awal sehingga akhir, komen anda didominasi kejahilan dalam berhujah. Apalah nak saya kata selain meminta anda terus belajar. Saya bersama anda belajar dan belajar.

salam dari www.globalmalau.wordpress.com

                   www.kubangpasu.wordpress.com

                   www.bigdogdotcom.wordpress.com

17
Mac
08

Salam untuk orang Kubang Pasu « Kubangpasu